Analisis Makna

Perkataan sematik berasal daripada perkataan Yunani iaitu “semainein” yang bermaksud  mempunyai makna.  Ini bermakna semantik adalah sub-bidang dalam ilmu linguistik yang berkaitan dengan makna (meaning). Menurut Lobner (2002) menyatakan bahawa semantik ialah  meaning is always the meaning of something. Manakala Lyon (1971) menjelaskan pada umumnya semantik ditakrifkan sebagai suatu bidang tentang makna (semantics is generally defined as the study of meaning). Dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji tumpuan utama yang difokuskan terhadap bahasa ialah BMS dan DM. Rajah di bawah merupakan contoh yang semantik yang ternyata berbeza dengan BMS.

Rakaman Audio Dialek Minangkabau Aspek Makna

ok

1. Dalam BMS perkataan lalok digunakan untuk merujuk kepada individu yang berada dalam keadaan khayal. Perkataan ini merupakan bahasa slanga yang digunakan terutamanya oleh golongan remaja. Sedangkan dalam DM perkataan lalok merujuk kepada seseorang yang sedang tidur.

2. Perkataan melalak dalam BMS merujuk kepada situasi seseorang yang menjerit atau menangis dengan kuatnya. Manakala dalam BM perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang sangat gemar keluar untuk mencari hiburan.

3. Bagi perkataan iti-itik pula dalam BMS merujuk kepada bintang yang mengeluarkan bunyi ‘kuek’. Manakala dalam DM ia merujuk kepada kupu-kupu.

4. Dalam BMS perkataan kaca bermaksud  kepingan objek yang dapat memantulkan imej objek tersebut sedangkan dalam DM perkataan ini merujuk kepada kata kerja pegang.

5. Perkataan kancah dalam BMS merujuk kepada kawasan lembah. Sebaliknya dalam DM, kacah ini digunakan untuk merujuk kepada kuali yang bersaiz besar.

6. Rancak dalam BMS merujuk kepada tarian atau joget yang rancak iramnya. Manakala dalam DM perkataaan ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai paras rupa yang cantik atau tampan.

7. Perkataan silau bagi BMS membawa maksud cahaya matahari yang menyebabkan keadaan mata menjadi kabur. Sedangkan dalam DM perkataan silau ini digunakan untuk merujuk kepada perbuatan untuk melawat atau menziarahi orang lain.

8. Samba dalam DMS digunkaan untuk merujuk kepada sejenis tarian moden dan rancak yang berasal dari negara Brazil. Sebaliknya dalam DM perkataan samba ini bermaksud masakan yang digoreng dengan minyak terlebih dahulu dan memerlukan cili sebagai bahan utama.

9. Awak dalam BMS merujuk kepada kata ganti nama diri kedua ketika berkomunikasi. Sedangkan dalam DM perkataan awak digunakan untuk merujuk kepada kata ganti nama diri pertama. Awak dalam DM ini bermaksud saya.

10. Perkataan mamak dalam BMS merujuk kepada keturunan Tamil Muslim yang berwarganegara Malaysia. Sedangkan dalam DM perkataan ini digunakan apabila seseorang yang lebih muda memanggil pak ciknya. Pak cik yang dimaksudkan ini ialah abang atau adik lelaki sebelah ibu sahaja.

Rumusan

Daripada dapatan di atas jelas menunjukkan bahawa dalam BMS dan DM mempunyai perbezaan makna antara satu sama lain. Oleh itu, melalui dapatan ini diharap dapat memberi maklumat bukan sahaja kepada penutur natif DM tetapi juga kepada pengguna bahasa lain.

One thought on “Analisis Makna

  1. Tahniah!.Anda telah membuat analisis makna kata yang amat fokus dan memberi keyakinan kepada saya dalam mendapatkan maklumat baru mengenai peluasan makna kata dalam dialek Minangkabau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s