Analisis Pembentukan Ayat

Sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat, iaitu bagaimana kata disusun menjadi frasa dan frasa disusun menjadi ayat. Kajian ini melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membentuk ayat

Menurut Chomsky (1965) menyatakan bahawa rumus struktur frasa mempunyai dua tugas utama, iaitu memerihalkan sistem hubungan pembentukan ayat yang wujud dan menentukan urutan dalaman bagi unsur pembentukan ini, dan dengan itu memungkinkan berlakunya rumus transformasi.

Rakaman Lagu Dialek Minangkabau

den

den

den

1. Ayat Perintah

Ayat perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.Ayat perintah terbahagi kepada tiga iaitu ayat permintaan, silaan dan larangan. Akan tetapi pengkaji mendapati bahawa hanya terdapat dua sub dalam ayat perintah iaitu ayat perintah dan ayat larangan.
Contoh:

i. Ayat Permintaan

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon sesuatu atau untuk pertolongan.

Contohnya:

a

ii. Ayat larangan

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah  atau tidak  perlu sebelum kata kerja bagi tujuan menegah seseorang untuk melakukan sesuatu.

Contoh:

b

2. Ayat Nafi

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Dalam konteks ini, pengkaji mendapati bahawa kajian ini menggunakan kata nafi bukan untuk menyangkal dakwaan tersebut.

Contoh:

c

3. Ayat Penyata

Di samping itu, terdapat juga ayat penyata. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Contoh:

d

4. Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan bertujuan untuk menanyakan sesuatu perkara. Menurut Tatabahasa Dewan (1994:243), kata tanya bermaksud perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Misalnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanyatersebut  hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.

Contoh:

e

5. Ayat Pasif

Pengunaan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam ayat yang mempengaruhi binaan sesebuah ayat tersebut. Penggunaan ayat pasif dalam sesuatu bahasa bertujuan untuk menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
Menurut Abdullah Hassan.et.al.(2006) menyatakan bahawa Za’ba berpendapat gejala pasif ialah ‘bangun kena buat’. Istilahini digunakan jika penyambut atau benda yang kena buat oleh perbuatan itu menjadi benda percakapan (benda yang diceritakan halnya), dan pembuat sesuatu perbuatan tersebut tidak dinyatakan dengan tepat dan kadang-kala tidak disebutkan langsung. Beliau berpandangan bahawa penggunaan awalan imbuhan [di-] dalam struktur ayat pasif hendaklah sebelum kata kerja transitif.

Contoh:

f

6. Frasa Adjektif

Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai penerang frasa kerja dan frasa nama. Menurut Kamus Linguistik (1997) mentakrifkan frasa adjektif sebagai kata yang menerangkan kata nama dalam frasa nama.
Contohnya:

g

7. Frasa Kerja

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan wajib dihadiri oleh kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Menurut Nik Safiah Karim et.al (1996) menyatakan bahawa KT ialah binaan yang menjadi inti bagi sesuatu perkataan atau konstruksi Frasa Kerja (FK).

h

8. Ayat Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil. Ayat pancangan ini dapat dilihat seperti kewujudan yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya dalam ayat berkenaan.
Contoh:

i

Rumusan

 Berdasarkan contoh di atas, tidak terdapat perbezaan pembentukan ayat antara BMS dengan DM. Struktur ayat DM sama seperti DMS kerana kedua-dua bahasa ini berasal daripada rumpuan yang sama iaitu rumpun bahasa Austronesia. Perbezaan ayat di atas hanya dapat dilihat daripada aspek fonologi dan morfologi sahaja.

One thought on “Analisis Pembentukan Ayat

  1. You post very interesting posts here. Your website
    deserves much bigger audience. It can go viral if you give
    it initial boost, i know useful tool that can help
    you, simply search in google: svetsern traffic tips

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s