Analisis Pembentukan Kata

Pembentukan kata merupakan bidang yang mengkaji mengenai struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/ atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Menurut  Abdullah Hassan (2007 : 117 ) menyatakan morfologi  ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Rakaman Lagu Dialek Minangkabau

den

den

Analisis Pemilihan Kata

Pengkaji telah melihat dari sudut pemilihan kata iaitu perkataan yang terdapat dalam bahasa Minangkabau tidak terdapat dalam bahasa Melayu standard. Dalam dialek Minang terdapat beberapa perkataan yang tidak digunakan dalam BMS. Penggunaan perkataan dlm DM hanya difahami oleh penutur natif bahasa ini sahaja.

Pengkaji telah mengelompokkan hasil data yang diperolehi kepada lima kumpulan. Pengelompokan ini dapat dilihat seperti di bawah:

1. Panggilan ahli keluarga

den

2. Kata Hubung

den

3. Kata nama

den

4. Kata adjektif

den

5. Kata kerja

den

Analisis Penggandaan

Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja. Dalam contoh di bawah, terdapat penggandaan separa yang dapat dilihat dalam lagu ini. Penggandaan separa dapat didefinisikan sebagai pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan. Penggandaan seperti contoh di bawah hanya terdapat dalam bahasa Minangkabau tetapi tidak dalam BMS.

Contohnya:

pemilihan kata 2

Analisis Imbuhan

a) Imbuhan awal beR-

Imbuhan awalan beR- digunakan untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain. Dalam BMS penggunaan beR- hanya digunakan dalam kata kerja sahaja. Akan tetapi dalam DM penggunaan imbuhan beR- terdapat dalam kata nama di mana imbuhan tersebut dikenali sebagai ba-. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan antara imbuhan awalan beR- dalam BMS dengan DM.
Contohnya:

pemilihan kata 3

b) Imbuhan akhiran -an

Penggunaan imbuhan akhiran -an digunakan untuk membentuk kata nama terbitan daripada kata adjektif, kata kerja dan kata nama. Dalam DM kata kerja tangisan telah mengalami pengguguran imbuhan -an menjadi tangih. Ini berbeza dengan BMS yang tidak boleh menggugurkan imbuhan tersebut.
Contohnya:

Pembentukan kata 5

Analisis Pengguguran Suku Kata

Di samping itu juga, pengkaji mendapati dalam DM telah berlaku proses pengguguran suku kata akhiran. Pengguguran suku kata (syllable deletion) dapat ditakrifkan sebagai pengguguran suku kata daripada input yang mengandungi lebih daripada dua suku kata. Contohnya:

Pembentukan kata 7

Rumusan

Berdasarkan lirik lagu di atas, terdapat banyak aspek dalam pembentukan kata yang dapat dilihat berdasarkan analisis yang dilakukan oleh pengkaji. Pembentukan kata ini ternyata berbeza antara bahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu standard. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam BMS dan DM mempunyai perbezaan antara satu sama lian. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan pemilihan kata, penggandaan, imbuhan dan pengguguran suku kata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s