Analisis Sebutan Kata

 

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Menurut Profesor Emeritius Abdullah Hassan (1993:40) mendefinisikan fonologi sebagai “bidang yang mengkaji bunyi-bunyi berfungsi di dalam sesuatu bahasa itu.”  Manakala menurut Indirawati Zahid et.al menyatakan bahawa fonologi merupakan “subdisiplin yang mengkaji bunyi bahasa iaitu, tentang fungsi perlakuan dan organisasi bunyi sahaja. Bunyi suatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut.

4.2.1 Analisis Sebutan

Pengkaji telah melihat dari sudut sebutan iaitu cara penutur natif mengucapkan sesuatu perkataan dan bagaimana perkataan tersebut berbeza dengan bahasa Melayu standard. Sebutan dalam dialek Minangkabau- Hulu Langat  ini kemudiannya ditranskip. Berikut merupakan beberapa dapatan kajian mengenai sebutan dalam dialek Minangkabau- Hulu Langat, Selangor.

Rakaman Audio Dialek Minangkabau

bmk

bmk 1

bmk 2

transkipsi

Berdasarkan dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam senarai di atas, penutur dialek Minangkabau-Hulu Langat cenderung:

1. Mengantikan fonem schwa yang berada di posisi nukleus suku kata pertama dalam bahasa Melayu kepada vokal depan luas [a]. Penggantian ini berlaku pada konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Contonhnya : perkataan  /pətaŋ⁄ kepada ⁄pataŋ⁄.

2. Fonem [ə] yang berada di posisi nukleus dalam suku kata pertama dalam bahasa Melayu telah digantikan kepada vokal depan luas [a] dalam dialek Minangkabau-Hulu Langat.

Contoh:  ⁄dəŋa⁄ kepada ⁄daŋa⁄.

3. Berlakunya penggantian fonem [r] dengan fonem [ɣ].

Contohnya: /rəndaŋ⁄ kepada ⁄ɣandaŋ⁄.

4. Menggantikan fonem [ə] yang berada di posisi akhir perkataan dalam bahasa Melayu dengan vokal belakang separuh luas [ɔ] dalam dialek Minagkaabu-Hulu Langat.

Contohnya: ⁄hari raϳə⁄ kepada ⁄haɣi ɣajɔ⁄.

⁄buŋə buŋə⁄ kepada ⁄buŋɔ buŋɔ⁄.

5. Menggantikan fonem [t] yang  berada di posisi koda dalam perkataan akhir dengan fonem hentian glotis iaitu fonem [Ɂ].

Contohnya: ⁄buʷat⁄ kepada ⁄buʷeɁ⁄.

⁄duʷit⁄ kepada ⁄duʷiɁ⁄.

6. Menggantikan fonem [p] yang berada di posisi akhir perkataan dengan vokal depan sempit [i]. Selepas itu, berlakunya penambahan hentian glotis [Ɂ] di belakang fonem [i].

Contohnya: ⁄cukop⁄ kepada ⁄cuku⁄.

7. Mengantikan fonem [e]  yang berada di suku kata akhir kepada vokal depan sempit [i]. Kemudian konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dalam bahasa Melayu telah digantikankan dengan fonem [Ɂ] yang merupakan hentian glotis.

Contohnya: /nasiɁ impet⁄ kepada ⁄nasiɁ impiɁ⁄

8. Berlaku pengguguran fonem [l] yang berada di posisi koda dalam perkataan akhir.

Contohnya:   ⁄mahal⁄ kepada ⁄maha⁄.

9. Menggugurkan fonem [ə] yang berada di posisi nukleus di awal suku kata.

Contohnya:  ⁄bəlanʤə⁄ kepada ⁄blanʤɔ⁄.

10. Menggugurkan fonem [g] yang berada di posisi onset perkataan dalam suku kata akhir.

Contonya: /lagi/ kepada /lai/.

Rumusan

Berdasarkan data yang telah diperolehi oleh pengkaji semasa kajian temubual bersama responden dilakukan, pengkaji mendapati bahawa sememangnya terdapat beberapa aspek perbezaan bunyi tidak mengira sama ada bunyi konsonan mahupun bunyi vokal dalam kedua-dua bahasa ini. Aspek perbezaan ini termasuklah aspek pengguguran, penambahan dan penggantian bunyi.

3 thoughts on “Analisis Sebutan Kata

  1. Setiap bahasa atau dialek memang sangat unik termasuklah bahasa Minangkabau. Ini kerana bahasa Minangkabau ini merupakan bahasa yang telah dibawa oleh orang Minang dari Sumatera ke Tanah Melayu semasa mereka merantau dan diguna sehingga hari ini.

  2. Assalam..Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi oleh saudari, saya mendapati bahawa terdapat persamaan leksikal namun perbezaan bunyi antara perkataan dalam bahasa Minangkabau dan bahasa Melayu standard…well done…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s