Terjemahan Rakaman Audio

SUASANA HARI RAYA DI TEMPAT RESPONDEN

Er.. tempat saya meriah. Sebelum Hari Raya, petang tu dah siap masak rendang dah. Pagi-pagi sebelum sembahyang Subuh dah bangun. Panaskan semua la tu la aa.. lepas tu masaklah nasi, kuah lontong, nasi impit. Aa.. pagi-pagi senang la, sebelum nak pergi sembahyang Raya. Erm.. orang Minang ni, kalau tak da rendang tak sah. Lemang, nasi impit, ketupat, kuah lontong, kuah kacang. A..buatlah sambal tumis sikit, barulah sedap makan. Kadang-kadang tengok mood lah, kadang-kadang nak sedondon, kadang-kadang tak nak. A.. selalunya, tiap-tiap tahun sedondon je lah, kalau suami warna.. warna kosong, anak-anak semualah bunga-bunga. Tak ada lah, kosong jo. Macam boria je nanti. Erm, sekarang barang dah mahal, belanja sekarang dah seribu sekarang dah seribu setengah, ada lah tu. Aa.. termasuk aa.. duit belanjo, duit kuih, duit tempah baju. Aa.. ala tak payah la beli banyak-banyak baju, seribu setengah cukuplah tu.

CARA RESPONDEN MEMINTA TOLONG DARI PASANGANNYA

Emm.. itu kalau agak-agak dah cukup bulan, seminggu lagi nak.. nak.. beli, pergi ke.. beli barang dapur, cakaplah dengan suami. Emm.. “hari ni, ohh abah, ari Sabtu, Ahad kalau takde kerja pergi Econsavelah beli barang dapur tidak pergi Tesco ke”. Kalau katanya .. iya lah, pergilah. Iyalah pergi je lah. Iyalah pai je lah.

CARA RESPONDEN MENEGUR KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH ANAKNYA.

Aaa.. itu kalau sekali dua kalau cakap “adik jangan buat dek”. Dua tiga kali kalau buat, aa.. naik angin. Aa.. mulalah rotan je lagi. Kalau sekali dua tak dengar, bagi je la lagi.

CARA RESPONDEN BERKOMUNIKASI DENGAN MAJIKANNYA

Aa.. “Bos, ini surat cuti tahunan saya. Mohon cutilah Bos sebab adik saya nak kahwin. Mohon Bos luluskan lah ye.”

One thought on “Terjemahan Rakaman Audio

  1. syabas!!!!! saya ucapkan kepada saudari Amirah kerana telah berjaya menyiapkan tugasan anda.bagi saya bahasa yang anda pilih untuk kajian anda adalah menarik kerana mempunyai keunikan yang tersendiri dan bunyi dengan sebutan sungguh berbeza sekali dengan bahasa Melayu Standard.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s