Item Soalan

a) Item Soalan Soal Selidik kepada Responden
1. Nama:
2. Anda mendapati bahawa jiran anda telah menjadi mangsa dera oleh pasangannya. Apakah yang akan anda lakukan?
a)Meminta pandangan daripada pihak lain untuk menasihati suami jiran anda itu kerana anda tahu bahawa dia tidak akan mendengar nasihat anda.
b) Membuat aduan kepada pihak berkenaan.
c) Memaksa jiran anda itu membuat laporan polis.
d) Menasihati suami jiran anda itu agar berubah sikap.
e) Buat tidak tahu kerana takut dikatakan menjaga tepi kain orang lain.
3. Anda telah berselisih faham dengan rakan anda, apakah yang akan anda lakukan?
a) Menyiasat dengan lebih lanjut punca perkara itu terjadi.
b) Mengalah dan meminta maaf walaupun anda merasakan bahawa anda tidak bersalah.
c) Buat tidak tahu sahaja dan bercakap seperti biasa.
d)Mendiamkan diri terlebih dahulu, dan apabila situasi mula tenang barulah anda berbincang dengan rakan.
e) Tidak mahu meminta maaf terlebih dahulu kerana rakan anda yang memulakannya.
4. Rakan anda mahu meminjam wang daripada anda kerana kesempitan duit. Apakah yang akan anda lakukan?
a) Menolong rakan anda itu tetapi dengan syarat bahawa dia harus menandatangani perjanjian terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada ditipu.
b) Memberi pertolongan dan memintanya supaya lebih berjimat cermat.
c) Tidak membantunya sebaliknya memberitahu cara bagaimana untuk mendapatkan wang.
d) Membantunya walaupuna anda juga mengalami kesempitan wang.
e) Tidak mahu membantunya langsung kerana anda khuatir rakan anda itu tidak akan membayarnya.
5. Pensyarah anda telah memberikan tugasan yang perlu dihantar pada minggu hadapan. Apakah yang akan anda lakukan?
a)  Mencari jawapan bagi meyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
b) Membuat perancangan terlebih dahulu kerana perancangan lebih penting daripada jawapan.
c) Berbincang dengan rakan-rakan kerana mahu mendapatkan pelbagai pandangan dari mereka.
d) Berazam mahu menjadi orang pertama yang menyiapkannya dan sanggup membantu rakan yang tidak faham.
e)Menyiapakan tugasan tersebut pada saat akhir kerana tugasan tersebut sangat mudah.
f) Meniru jawapan dari teman dan mengubah sedikit untuk mengelak daripada dikesan.
6. Semasa anda sedang memandu kenderaan di jalan sesak, anda mendapati bahawa kesesakan tersebut berpunca dari kemalangan. Apakah yang akan anda lakukan?
a) Anda memberhentikan kenderaan untuk mengetahui puca keadaan sebenar.
b) Berdoa agar mangsa kemalangan itu selamat.
c) Anda berbual-bual dengan saksi kejadian.
d)Memberi pertolongan kepada mangsa dengan membawanya ke hospital.
e) Anda membunyikan hon kereta kepada pemandu lain kerana menyebabkan urusan anda terlewat.
7. Semasa anda dan rakan sedang bersiar-siar, tiba-tiba rakan anda telah membuang tin minumannya bukan di dalam tong sampah. Apakah yang akan anda lakukan?
a) Berkias dengannya tentang sikapnya itu kerana anda tahu rakan anda itu tidak boleh menerima pandangan.
b) Menasihati rakan dan memintanya supaya menjaga alam sekitar.
c)Menyuruh rakan anda mengutip semula tin minuman yang telah diminumnya.
d) Anda akan mengutip tin minuman yang telah dibuangnya dan memasukkan ke dalam tong sampah.
e) Buat tidak tahu kerana anda juga sepertinya.
8. Anda telah diminta oleh pensyarah untuk berucap dihadapan orang ramai. Apakah yang akan anda lakukan?
a) Menghargainya kerana anda memang bercita-cita untuk menjadi pemimpin di kemudian hari.
b) Menerima tugas tersebut dengan hati terbuka dan mula membuat perancangan kerana anda mahu memberikan yang terbaik.
c) Gembira atas undangan tersebut kerana anda yakin dengan kemampuan diri.
d) Memikul tanggungjawab tersebut dan bersikap optimistik (penuh harapan).
e) Meminta orang lain untuk berucap kerana anda takut untuk berhadapan dengan orang.
9. Semasa anda sedang makan, tiba-tiba seorang pengemis datang dan meminta wang dari anda. Apakah yang akan anda lakukan?
a) Memberi bantuan dan membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana anda yakin ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukannya.
b) Memberikan wang dengan hati yang ikhlas.
c) Tidak memberikan wang sebaliknya memberi pengemis itu sedikit makanan anda.
d) Memberi pengemis itu wang kerana anda kasihan melihatnya.
e) Memarahi pengemis itu kerana telah menghilangkan selera anda.
10. Seorang rakan anda telah meminta bantuan anda tetapi anda sangat sibuk ketika itu. Apakah yang anda lakukan?
a) Meminta rakan anda itu meminta bantuan dari orang lain.
b) Meminta rakan anda itu bersabar dan berjanji akan membantunya selepas selesai pekerjaan tersebut.
c) Meminta maaf kerana anda tidak dapat membantunya.
d) Sedaya-upaya membantunya walaupun anda sibuk ketika itu.
e) Buat tidak tahu kerana itu bukan masalah anda.

Soalan Soal Selidik SurveyMonkeyResponden:

http://www.surveymonkey.com/s/ZVXFJY3

b) Item Soalan Soal Selidik kepada Rakan Responden

1. Sila pilih nama rakan anda di bawah:
a) Ana Ruziana
b) Asyraf Rashidi
c) Hafira
d) Asyraf Burn
e) Zulaika
2. Dia (rakan anda) mendapati bahawa jirannya telah menjadi mangsa dera oleh pasangannya. Pada pandangan anda, apakah yang akan dilakukannya?
a) Meminta pandangan daripada pihak lain untuk menasihati suami jirannya itu kerana tahu bahawa jirannya itu tidak akan mendengar nasihat.
b) Membuat aduan kepada pihak berkenaan.
c) Memaksa jirannya itu membuat laporan polis.
d) Menasihati suami jirannya itu agar berubah sikap.
e) Buat tidak tahu kerana takut dikatakan menjaga tepi kain orang lain.
3. Dia telah berselisih faham dengan rakannya. Pada pandangan anda, apakah yang akan dilakukannya?
a) Menyiasat dengan lebih lanjut punca perkara itu terjadi.
b) Mengalah dan meminta maaf walaupun dia merasakan dirinya tidak bersalah.
 c) Buat tidak tahu sahaja dan bercakap seperti biasa.
d) Mendiamkan diri terlebih dahulu, dan apabila situasi mula tenang barulah dia berbincang dengan rakan.
e) Tidak mahu meminta maaf terlebih dahulu kerana rakannya yang memulakan.
4. Rakannya mahu meminjam wang daripadanya kerana kesempitan duit. Pada pandangan anda, apakah yang akan dilakukannya?
a) Menolong rakannya itu tetapi dengan syarat bahawa dia harus menandatangani perjanjian terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada ditipu.
b) Memberi pertolongan dan memintanya supaya lebih berjimat cermat.
c) Tidak membantunya sebaliknya memberitahu cara bagaimana untuk mendapatkan wang.
d)Membantu walaupuna dia juga mengalami kesempitan wang.
e) Tidak mahu membantunya langsung kerana khuatir rakannya itu tidak akan membayar semula.
5. Pensyarahnya telah memberikan tugasan yang perlu dihantar pada minggu hadapan. Pada pandangan anda, apakah yang akan dilakukannya?
a) Mencari jawapan bagi meyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
b) Membuat perancangan terlebih dahulu kerana perancangan lebih penting daripada jawapan.
c) Berbincang dengan rakan-rakan kerana mahu mendapatkan pelbagai pandangan dari mereka.
d) Berazam mahu menjadi orang pertama yang menyiapkannya dan sanggup membantu rakan yang tidak faham.
e) Menyiapakan tugasan tersebut pada saat akhir kerana tugasan tersebut sangat mudah.
f) Meniru jawapan dari teman dan mengubah sedikit untuk mengelak daripada dikesan.
6. Semasa dia sedang memandu kenderaan di jalan sesak, dia mendapati bahawa kesesakan tersebut berpunca dari kemalangan. Pada pandangan anda, apakah yang akan dilakukannya?
a) Memberhentikan kenderaan untuk mengetahui puca keadaan sebenar.
b) Berdoa agar mangsa kemalangan itu selamat.
c) Berbual-bual dengan saksi kejadian.
d) Memberi pertolongan kepada mangsa dengan membawanya ke hospital.
e) Membunyikan hon kereta kepada pemandu lain kerana menyebabkan urusannya terlewat.
7. Semasa dia dan rakannya sedang bersiar-siar, tiba-tiba rakannya telah membuang tin minumannya bukan di dalam tong sampah. Pada pandangan anda, apakah yang akan dilakukannya?
a) Berkias dengannya tentang sikap rakannya itu kerana tahu rakannya itu tidak boleh menerima pandangan.
b) Menasihati rakan dan memintanya supaya menjaga alam sekitar.
c) Menyuruh rakannya mengutip semula tin minuman yang telah diminumnya.
d) Dia akan mengutip tin minuman yang telah dibuangoleh rakannya dan memasukkan ke dalam tong sampah.
e) Buat tidak tahu kerana dia juga seperti rakannya itu.
8. Dia telah diminta oleh pensyarah untuk berucap dihadapan orang ramai. Pada pandangan anda, apakah yang akan dilakukannya?
a) Menghargainya kerana dia memang bercita-cita untuk menjadi pemimpin di kemudian hari.
b) Menerima tugas tersebut dengan hati terbuka dan mula membuat perancangan kerana dia mahu memberikan yang terbaik.
c) Gembira atas undangan tersebut kerana dia yakin dengan kemampuan diri.
d) Memikul tanggungjawab tersebut dan bersikap optimistik (penuh harapan).
e) Meminta orang lain untuk berucap kerana takut untuk berhadapan dengan orang.
9. Semasa dia sedang makan, tiba-tiba seorang pengemis datang dan meminta wang darinya. Pada pandangan anda, apakah yang akan dilakukannya?
a) Membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana yakin ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukannya.
b) Memberikan wang dengan hati yang ikhlas.
c) Tidak memberikan wang sebaliknya memberi pengemis itu sedikit makanan.
d) Memberi pengemis itu wang kerana kasihan melihatnya.
e) Memarahi pengemis itu kerana telah menghilangkan seleranya.
10. Seorang rakannya telah meminta bantuannya tetapi dia sangat sibuk ketika itu. Pada pandangan anda, apakah yang dilakukannya?
a) Meminta rakannya itu meminta bantuan dari orang lain.
b) Meminta rakannya itu bersabar dan berjanji akan membantunya selepas selesai pekerjaan tersebut.
c)Meminta maaf kerana dia memang tidak dapat membantunya.
d)Sedaya-upaya membantunya walaupun sibuk ketika itu.
e)Buat tidak tahu kerana itu bukan masalahnya.
Soalan Soal Selidik SurveyMonkey Rakan Responden:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s