Statistik

1.1   Pengenalan

Statistik memainkan peranan yang sangat penting dalam kajian untuk memperlihatkan hasil data yang diperolehi. Hal ini demikian kerana, statistik bukan sahaja dapat memberi maklumat kepada pengkaji tetapi juga kepada pembaca. Ini kerana melalui statistik, ia sangat membantu dalam mempersembahkan hasil dapatan yang diperolehi. Umumnya, statistik ialah satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis, dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif. Data yang diperoleh adalah tidak tersusun dan teratur. Bagi memudahkan pengkaji dan pembaca merujuk kepada data ini, ia mestilah direkodkan secara teratur dan sistematik.Tujuan statistik dilaksanakan adalah untuk menghasilkan maklumat “terbaik” daripada data yang ada, sesetengah pengkaji menggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan. Berdasarkan tugasan yang diberi, pengkaji akan menggunakan kaedah statistik untuk mempersembahkan hasil dapatan yang diperolehi daripada “SurveyMonkey” ke atas lima orang responden dan rakan responden berdasarkan lima domain utama akan dipaparkan di bawah.

1.2  Pernyataan Masalah

Manusia ialah makhluk sosial. Dalam bersosial, interaksi verbal dan bertulis sering menjadi ukuran personaliti seseorang. Antara tempat bersosial pada masa kini ialah tapak rangkaian sosial atas talian (Social Networking Websites). Facebook merupakan tapak rangkaian sosial atas talian yang paling popular pada masa kini. Sering pemilik akaun facebook menghadapi pelbagai dilema untuk menerima, meneruskan atau mematikan persahabatan dengan pemilik akaun facebook yang lain.  Tindakan ini banyak bergantung pada personaliti pemilik akaun facebook itu sendiri. Menurut Golbeck et.al (2011), personaliti sesorang boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu: berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik.

domain_5_personaliti_utama

Lazimnya, personaliti rakan facebook diandaikan daripada posting dan komennya di facebook. Persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak membuat andaian personaliti  rakan facebook dengan hanya berdasarkan posting dan komennya. Maka dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti persoalan ini.

1.3   Soalan Kajian

Adakah personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook?

1.4   Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.

_____________________________________________________________________________________________________

3.1   Pengenalan

Metodologi berasal dari bahasa Yunani iaitu “metodos” dan “logos”. Metodologi memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah kajian. Hal ini demikian kerana bahagian ini mampu menentukan sama ada kajian tersebut dapat menjawab objektif kajian atau sebaliknya. Ia memerlukan penelitian  yang sistematik bagi meningkatkan pengetahuan dan berorganisasi untuk menyelidiki masalah tertentu yang memerlukan jawaban. Oleh itu, bab ini memberi tumpuan bagaimana cara yang akan dilakukan oleh pengkaji untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

3.2   Metodologi Kajian

Metodologi kajian merangkumi aspek persampelan, alat kajian dan prosedur kajian. Kajian ini ialah kajian kuantitatif.

3.2.1   Persampelan

Responden terdiri daripada 5 orang responden dan 5 orang rakan responden. Responden merujuk pada orang yang menjadi rakan facebook pengkaji. Pengkaji tidak mengenali responden secara bersemuka. Responden tersebut dibahagikan mengikut kategori  personaliti. Pembahagian kategori personaliti  bersandarkan ciri-ciri personaliti yang dinyatakan dalam Carta Domain Personaliti (Rujuk Lampiran) iaitu berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik. Rakan responden merujuk pada rakan kepada responden yang dikaji. Pengkaji tidak mengenali rakan responden secara bersemuka.

3.2.2  Alat Kajian

Bagi mengukuhkan kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti instrument yang sesuai untuk mendapatkan data. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan alat kajian iaitu soal selidik dengan menggunakan perisian “SurveyMonkey”.

3.2.3   Prosedur Kajian

a

1.  Pemilihan responden.

Pemilihan responden dibuat dengan menganalisis rakan-rakan facebook yang tidak dikenali secara bersemuka. Dalam kajian ini, rakan facebook yang dikaji ini dinamakan responden.

2.  Penetapan personaliti responden.

Penetapan personaliti responden dibuat dengan menganalisis ‘posting’ (kiriman) dan komen responden dalam facebook. Andaian terhadap personaliti responden 1 hingga 5 adalah berdasarkan  Carta Domain Personaliti. Sebanyak 10 posting atau komen responden tersebut direkodkan sebagai bukti personaliti mereka

3   Pengkodan responden.

Responden berfikiran terbuka dikodkan R1. Responden berhemah dikodkan R2. Responden ekstrovert dikodkan R3, Responden menyenangkan perasaan dikodkan R4;  dan Responden neurotik dikodkan R5.

Kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan A; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan B; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan C; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan D; dan  kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan E.

Pengkodan rakan responden. Rakan R1 dikodkan RR1. Rakan R2 dikodkan RR2. Rakan R3 dikodkan RR3, Rakan R4 dikodkan RR4;  dan Rakan R5 dikodkan RR5.

4.   Soal-selidik responden.

Soal-selidik mengandungi 10 item soalan (Rujuk Lampiran) dibina dan diserahkan kepada responden untuk dijawab. Objektif soal-selidik ini adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Daripada 10 item soalan tersebut, 9 item soalan memapar situasi yang mana responden perlu memilih salah satu daripada lima pilihan jawapan.  Pilihan jawapan tersebut dibina mengikut lima kategori personaliti yang telah ditetapkan.  Jawapan pilihan responden  diandaikan dapat mengukuhkan andaian kajian ini terhadap personaliti responden.

5.   Soal-selidik rakan responden.

Item soalan 2 – 10 dalam soal-selidik 7.6 diubah sedikit agar rakan responden memberi andaian terhadap jawapan yang responden cenderung memilih (Rujuk Lampiran).   Objektif soal-selidik ini 7.7 adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden.

6.   Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden. Skala 60% – 100% dianggap menyakinkan; skala 40% – 59% dianggap kurang menyakinkan; dan skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin.

7.  Rumusan kajian

Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

______________________________________________________________________________________________________

4.0   Analisis Dapatan Kajian

Analisis dapatan data membincangkan huraian dengan lebih mendalam lagi mengenai data yang diperolehi. Bagi memudahkan pengkaji dan pembaca memahami data yang dikutip, maka data tersebut akan dipersembahkan dalam bentuk rajah seperti yang dibawah berserta huraiannya.

4.1   Pengenalan

Bab ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Bahagian ini juga sangat penting dalam sesebuah kajian kerana dalam bab inilah yang akan menunjukkan hasil yang dilakukan oleh pengkaji itu sendiri.

4.2   Dapatan Kajian Soal-Selidik

statistik aplikasi

4.2.1   Responden 1

Berdasarkan jadual di atas didapati   78% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R1 berpersonaliti berfikiran terbuka. Rakan responden (RR1) juga memberi andaian kurang menyakinkan dengan 56% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 67%. Ini menunjukkan andaian terhadap R1 (responden berfikiran terbuka) adalah menyakinkan.

4.2.2   Responden 2

Berdasarkan jadual di atas didapati   89%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R2 berpersonaliti berhemah. Rakan responden (RR2) pula memberi andaian yang menyakinkan dengan 78% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R3 berpersonaliti berhemah. Peratus korelasi antara R2 dan RR2 ialah 84%. Ini menunjukkan andaian terhadap R2 (responden berhemah) adalah menyakinkan.

4.2.3   Responden 3

Berdasarkan jadual di atas didapati  89% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R3 berpersonaliti ekstrovert. Rakan responden (RR3) memberi andaian yang menyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 78%. Ini menunjukkan andaian terhadap R3 (responden berpersonaliti ekstrovert) adalah menyakinkan.

4.2.4   Responden 4

Berdasarkan jadual di atas didapati   78%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R4 berpersonaliti menyenangkan perasaan. Rakan responden (RR4) memberi andaian yang menyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R4 menyenangkan perasaan. Peratus korelasi antara R4 dan RR4 ialah 73%. Ini menunjukkan andaian terhadap R4 (responden berpersonaliti menyenangkan perasaan) adalah menyakinkan.

4.2.5   Responden 5

Berdasarkan jadual di atas didapati  78% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R5 berpersonaliti neurotik. Rakan responden (RR5) memberi andaian yang kurang menyakinkan dengan 56% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R5 berpersonaliti neurotik. Peratus korelasi antara R5 dan RR5 ialah 67%. Ini menunjukkan andaian terhadap R5 (responden berpersonaliti neurotik) adalah menyakinkan.

5.0  Kesimpulan

Kesimpulannya, tanggapan terhadap personaliti seseorang berdasarkan ‘posting’ mereka di laman sosial facebook dikatakan menyakinkan. Hal ini kerana, berdasarkan kajian dan maklumat yang diberikan oleh responden dan rakan responden,kelima-lima kategori personaliti adalah menyakinkan iaitu personaliti berfikiran terbuka,  berhemah, ekstrovert  menyenangkan perasaan dan neurotik. Ini menggambarkan rakan responden memberi tanggapan yang sama dengan personaliti diri responden dengan menjawab soalan pada ‘survey monkey’ yang disediakan. Oleh itu, tanggapan personaliti rakan facebook adalah boleh diterima dengan melihat posting dan komennya di dalam facebook seseorang itu.

One thought on “Statistik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s