BAB 4- Dapatan Kajian

4.1 PENGENALAN

Dalam setiap kajian yang dilakukan, bahagian dapatan kajian sangat memainkan peranan yang penting kerana segala dapatan kajian akan ditunjukkan dalam bab ini.Hal ini demikian kerana, melalui dapatan data yang diperolehi oleh pengkaji semasan kajian dilakukan dapat menjawab segala objektif kajian dalam bab 1.

Menurut Chambers dan Trudgill (1980), bahasa merupakan sekumpulan dialek yang bersalingfaham antara satu sama lain. Ciri saling memahami merupakan asas penting dalam menentukan sesuatu ragam dialek kepada satu bahasa yang sama atau satu bahasa yang tersendiri. Faktor geografi, waktu dan keadaan sosial merupakan pemangkin utama dialek kawasan kepada kumpulan anggota masyarakat di sesuatu kawasan. Melalui pengunaan dialek, ia dapat memperlihatkan identiti linguistik para penuturnya dan dapat mendedahkan tempat asal seseorang.Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu dialektos. Dialek merupakan  variasi daripada satu bahasa tertentu yang digunakan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa ( Abdul Hamid Mahmood :1993). Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu serta mempunyai perbezaan daripada bentuk standard. Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan perkataan tertentu.

Oleh itu, dalam bab ini pengkaji membincangkan dapatan kajian bagi mengukuhkan segala persoalan dan objektif kajian yang dilakukan oleh pengkaji.

4.2 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian merupakan hasil daripada kajian yang didapati oleh pengkaji mengenai sesuatu kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapatkan dapatan mengenai lima aspek linguistik yang terdapat dalam Dialek Minangkabau-Hulu Langat iaitu aspek sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat atau tatabahasa, semantik dan pragmatik.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s