Bab 3 – Metodologi

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang menyentuh mengenai sampel kajian, alat kajian dan prosedur kajian yang dilakukan oleh pengkaji dalam menyiapkan kajian linguistik menggunakan dialek Minangkabau- Hulu Langat.

3.2 SAMPEL KAJIAN

Responden merupakan penutur natif dialek Minangkabau dan telah lama tinggal di Cheras, Hulu Langat selama 18 tahun. Disamping itu, responden juga menggunakan dialek ini sebagai bahasa kolokial dalam kehidupan seharian.

3.3 ALAT KAJIAN

Bagi mengukuhkan kajian in ini, pengkaji telah mengenal pasti instrument yang sesuai untuk proses temu bual bagi mendapatkan data. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan perisian “AntConc” untuk menganalisis kekerapan kategori kata yang telah dikenal pasti untuk tujuan kajian yang digunakan dalam dialek Minangkabau- Hulu Langat, Selangor. Selain itu juga, kajian ini diperkemaskan lagi dengan pengaplikasian komputer bagi menyempurnakan kajian dialek Minangkabau- Hulu Langat, Selangor. Antara perisian dalam komputer yang digunakan ialah You tube yang berfungsi untuk memaparkan dapatan atau hasil kajian dialek serta Perisisan “Sound Cloud” yang digunakan untuk memaparkan kesan audio bagi tujuan paparan data yang berbentuk audio.

3.4 PROSEDUR KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian perbezaan dialek Minangkabau- Hulu Langat, Selangor dengan bahasa Melayu Standard terdapat beberapa proses semasa menjalankan prosedur ini yang merangkumi aspek linguistik. Di mana aspek iaitu aspek sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat, makna kata dan pemilihan kata yang digunakan dalam situasi formal dan tidak formal diberi perhatian dalam kajian ini. Berikut merupakan prosedur semasa kajian dilakukan:

1) Sebelum menemu bual responden, pengkaji terlebih dahulu merangka soalan supaya segala maklumat yang diperlukan dapat diperolehi semasa proses rakaman sedang berlangsung.

2) Pengkaji membuat rakaman audio dengan menggunakan perakam suara terhadap responden.

3)  Rakaman tersebut kemudiannya ditranskipsi dalam dwi-bahasa iaitu dengan mengunakan dialek  dan bahasa Melayu standard.

4)  Rakaman tersebut kemudiannya dimuat naik ke dalam perisian “Sound Cloud” unuk disimpan.

3.4.1    Aspek penyebutan kata

Setelah ditranskipsi, pengkaji kemudiaannya menggunakan IPA Chart untuk mentranskipsikan dari aspek ini. Setelah itu, pengkaji membuat perbandingan perbezaan penyebutan kata yang terdapat dalam Kata Nama dan Kata Kerja yang terdapat dalam dialek Minangkabau- Hulu Langat, Selangor dengan bahasa Melayu standard.

3.4.2 Aspek Pembentukan Kata
Seterusnya pengkaji melihat dari aspek pembentukan kata yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian “AntConc”.

3.4.3 Aspek Struktur Ayat

Selepas itu, pengkaji melihat pula dari aspek struktur ayat yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT.

3.4.4 Aspek Makna

Kemudian pengkaji melihat dari aspek makna yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian “AntConc”.

3.4.5 Aspek Pemilihan Kata

Akhir sekali, pengkaji melihat dari aspek pemilihan kata yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikel yang digunakan semasa proses rakaman sedang berlangsung menggunakan perisian “AntConc”.

3.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, metod yang dipilih oleh pengkaji adalah berdasarkan kesesuaian dengan perkara yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah-kaedah yang bersesuaian supaya hasil yang sahih diperolehi. Selain itu, responden dan tempat kajian yang dipilih memudahkan pengkaji dalam membuat kajian dan selaras dengan objektif kajian. Kaedah-kaedah kajian dan responden yang terlibat adalah penting kerana kedua-duanya merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah penyelidikan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s