Bab 1- Pengenalan

Bab 1

Pengenalan

1.1       PENGENALAN

Kajian ini membincangkan tentang dialek Minangkabau- Hulu Langat yang dituturkan oleh penutur natif yang menetap di Hulu Langat, Selangor. Kajian ini akan membincangkan dari lima aspek utama linguistik iaitu fonologi iaitu kajian mengenai sebutan kata, morfologi pula melihat dari aspek pembinaan dalam kata dialek Minangkabau- Hulu Langat. Seterusnya aspek sintaksis merupakan kajian mengenai struktur ayat. Semantik merupakan bidang ilmu mengenai kajian terhadap aspek makna. Aspek terakhir iaitu pragmatik kajian mengenai pemilihan ayat yang digunakan dalam situasi tertentu. Dalam konteks ini, pengkaji telah memilih situasi formal dan tidak formal seterusnya membuat perbandingan kedua-dua situasi tersebut. Oleh hal yang sedemikian, pengkaji telah memilih dialek Minangkabau- Hulu Langat sebagai bahasa yang akan dikaji dan bahasa Melayu standard merupakan penanda aras dalam membuat kajian ini.

1.2      PERNYATAAN MASALAH.

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti aspek linguistik yang terdapat dalam dialek Minangkabau- Hulu Langat, Selangor dan membuat perbandingan antara bahasa tersebut dengan bahasa Melayu standard. Kajian ini berbeza bagi pengkaji kerana pengkaji-pengkaji terdahulu tidak menekankan pada dialek ini secara umum sebaliknya memberi tumpuan khusus dalam sesuatu bidang. Contohnya Aslinda et al (2009) dan Idris Aman (2009) mengkaji dalam bidang sosiopragmatik. Di samping itu, kajian ini dipilih kerana pengkaji berpendapat bahawa bahasa yang dikaji ini sangat unik dan mempunyai penutur yang ramai di kawasan tersebut.  Kajian yang dilakukan oleh pengkaji mengenai dialek Minangkabau- Hulu Langat, Selangor. Pengkaji telah memilih seorang responden yang merupakan penutur natif dialek berkenaan. Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat mengisi kelompongan yang telah ditinggalkan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Ini dapat dilihat melalui kajian yang telah dilakukan seperti Renawati (2003), Nurul Hidayati et.al (2003) dan Media Sandra Kasih (2002).  Renawati (2003) telah mengkaji verba berafiks ba-, bapa-, di- dan dipa- sedangkan dalam dialek ini pengkaji mendapati terdapat dialek ini mempunyai unsur pemotongan dan pengandaan. Manakala Nurul Hidayati et.al (2003) pula mengkaji dari aspek semantik iaitu Sinonim Kata Awai [Pegang] dalam Bahasa Minangkabau sedangkan banyak aspek semantik lain yang boleh dilihat dalam rakaman ini. Kajian lepas yang terakhir ialah Sistem Panggilan Bahasa Minangkabau oleh Media Sandra Kasih (2002). Bagi mendapatkan maklumat yang relevan bagi mengukuhkan kajian ini, pengkaji telah menemu-ramah responden di Hulu Langat, Selangor. Tujuan kajian ini dilakukan kerana pengkaji berpandangan bahawa huruf penting dalam bahasa ini hendaklah didokumenkan agar tidak pupus dalam kalangan generasi muda kini. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan mengikut prosedur kajian yang berperingkat–peringkat iaitu mengumpul data, menganalisis melalui tugas mentranskripsi data dan mengesan kekerapan leksikal berkaitan menggunakan Perisian Antconc dan memaparkan dapatan kajian melalui YouTube dan WordPress. Bagi dapatan kajian berbentuk audio disimpan melalui Perisian Sound Cloud untuk dipautkan ke dalam blog WordPress yang dibangunkan.

1.3       SOALAN KAJIAN

Soalan kajian ini terbahagi kepada lima aspek bahasa iaitu:

1)  Apakah perbezaan antara sebutan kata yang dialek Minangkabau- Hulu Langat berbanding bahasa Melayu standard?

2) Apakah perbezaan sebutan kata antara dialek Minangkabau- Hulu Langat berbanding bahasa Melayu standard?

3) Apakah perbezaan pembentukan ayat antara dialek Minangkabau- Hulu Langat berbanding bahasa Melayu standard?

4) Apakah perbezaan makna antara dialek Minangkabau- Hulu Langat berbanding bahasa Melayu standard?

5) Apakah perbezaan pemilihan kata antara dialek Minangkabau- Hulu Langat yang digunakan dalam situasi formal dan tidak formal?

1.4       OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

1) Mengenal pasti perbezaan antara sebutan kata yang dialek Minangkabau- Hulu Langat berbanding bahasa Melayu standard.

2) Mengenal pasti perbezaan pembentukan kata antara dialek Minangkabau- Hulu Langat berbanding bahasa Melayu standard.

3) Mengenal pasti perbezaan struktur ayat antara dialek Minangkabau- Hulu Langat berbanding bahasa Melayu standard.

4) Mengenal pasti perbezaan makna antara dialek Minangkabau- Hulu Langat berbanding bahasa Melayu standard.

5) Mengenal pasti perbezaan pemilihan kata antara dialek Minangkabau- Hulu Langat yang digunakan dalam situasi formal dan tidak    formal.

1.5       SKOP KAJIAN

Kajian ini dilakukan ke atas seorang individu yang merupakan penutur natif dialek Minangkabau iaitu responden yang berasal dari Gombak tetapi menetap di Cheras selama 18 tahun.  Kajian ini telah dilakukan di Pekan Batu 9 Cheras. Pekan ini terletak di mukim Cheras dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Pekan ini bersebelahan dengan mukim Kajang, mukim Hulu Semenyih dan mukim Hulu Langat. Kajian ini telah dilakukan secara rakaman iaitu mengambil masa selama 3 minit 20 saat.

1.6       KESIMPULAN

Secara umumnya, bab ini hanya memaparkan tentang lima aspek linguistik yang ingin dikaji, permasalahan kajian, soalan kajian, objektif kajian dan skop kajian yang menjadi dasar awal kajian tentang dialek Minangkabau- Hulu Langat di Cheras, Hulu Langat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s