Penilaian SKBP1023

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pensyarah Bahasa dan Teknologi Maklumat, Dr Zulkifli yang begitu banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sepanjang tempoh pembelajaran.

Berkenaan dengan penilaian saya terhadap kursus ini, saya akan mulakan dengan kebaikannya terlebih dahulu. Pada mula mengikuti kursus ini, saya begitu berdebar-debar dan kurang keyakinan terhadap diri untuk menyiapkan blog ini. Ini kerana, saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang teknologi maklumat. Pada mulanya saya merasakan ianya agak sukar, akan tetapi setelah saya memasuki kelas tutorial, bantuan dari rakan-rakan yang lain dan penggunaan medium facebook dalam berhubung dengan pensyarah sekiranya saya tidak memahami sesuatu perkara menjadikan subjek ini menjadikan ianya tidak sesukar yang saya bayangkan sebelum ini.

Disamping itu, pendedahan tentang perisian AntConc telah menambahkan ilmu pengetahuan saya untuk mengetahui kekerapan kata yang digunakan dalam sesuatu  teks ucapan tersebut. Dengan adanya perisian seperti ini, sesuatu teks ucapan yang dikaji lebih mudah dan cepat.

Selain itu, dalam kursus ini juga terdapat kekurangan di mana fasiliti yang disediakan oleh pihak pusat kurang memuaskan. Misalnya, kemudahan bilik untuk kelas tutorial dapat dilihat dengan jelas. Disamping itu, kemudahan rangkaian intrnet yang disediakan di pusat sukar untuk dihubungkan. Hal ini kerana, pelajar kursus ini memerlukan penggunanan rangkaian internet untuk  diakses.

Oleh itu, saya berharap melalui penilaian saya terhadap kursus ini dapat membantu meningkatkan  dan membaiki kekurangan yang sedia ada untuk kemudahan semua.

3 thoughts on “Penilaian SKBP1023

  1. Taniah kerana berjaya menyiapkan blog dengan begitu menarik dan banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama🙂 ,,,,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s