Responden 3

Responden:

ekstrovert

a) Dalam soal-selidik yang telah dijawab oleh responden menunjukkan bahawa jawapan beliau kebanyakannya condong ke arah kategori ekstrovert. Dari 9 item yang telah saya sediakan, responden telah memilih 7 jawapan untuk ekstrovert, 1 jawapan untuk berhemah dan 1 jawapan untuk neurotik.
b) Ini menunjukkan bahawa andaian saya terhadap responden adalah sama dengan hasil dapatan yang diperoleh melalui soal selidik.

Rakan responden :

rakan responden ekstrovert

a) Menurut Alia (bukan nama sebenar) telah mengatakan bahawa responden seorang yang ekstrovert. Pengkaji telah menganalisis soal-selidik yang telah dijawab oleh sahabat responden di mana daripada 9 item soalan yang ditanya, beliau telah memilih 6 jawapan untuk ekstrovert, 1 jawapan untuk berhemah, 1 jawapan untuk kategori menyenangkan perasaan dan 1 untuk neurotik.

Rumusan :

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh melalui analisis data mentah daripada Facebook responden, analisis data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey, dan analisis data berdasarkan pertanyaan pendapat kepada sahabat responden, menunjukkan bahawa pandangan pengkaji terhadap bahasa dan  personaliti responden adalah sama. Ini kerana pengkaji berpendapat bahawa responden lebih ke arah kategori ekstrovert berdasarkan data mentah yang diperoleh. Apabila responden itu sendiri yang menjawab soal-selidik ini, dapat dilihat bahawa kategori responden juga lebih cenderung ke arah ekstrovert dan jawapan dari sahabat responden juga menunjukkan persamaan pandangan.

Leave a comment