Responden 4

Responden:

menyenangkan perasaan

a) Dalam soal-selidik yang telah dijawab oleh responden menunjukkan bahawa jawapan beliau sememangnya  condong ke arah kategori menyenangkan perasaan. Dari 9 item yang telah saya sediakan, responden telah memilih 7 jawapan untuk menyenangkan perasaan, 1 jawapan untuk berhemah dan 1 jawapan untuk berfikiran terbuka.
b) Ini menunjukkan bahawa jawapan responden cenderung ke arah personaliti menyenangkan perasaan dan ianya sama dengan andaian saya.

Rakan responden:

rakan menyenangkan perasaan

a) Menurut Zarul (bukan nama sebenar) berpandangan bahawa responden sememangnya dapat dikateorikan seorang yang menyenangkan perasaan. Pengkaji telah menganalisis soal-selidik yang telah dijawab oleh sahabat responden di mana beliau telah memilih 6 jawapan untuk kategori menyenangkan perasaan, 1 jawapan untuk berfikiran terbuka, 1 jawapan untuk ekstrovert dan 1 jawapan untuk neurotik.

Rumusan :

Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tidak terdapat perbezaan antara soal-selidik dengan andaian yang telah saya lakukan. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh melalui analisis data mentah daripada Facebook responden, analisis data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey, dan analisis data berdasarkan pertanyaan pendapat kepada sahabat responden, menunjukkan wujudnya persamaan pandangan. Ini kerana melalui data mentah daripada facebook pengkaji merasakan bahawa responden dilihat seperti seorang yang menyenangkan perasaan. Andaian ini dikuatkan lagi dengan jawapan daripada soal selidik responden dan rakannya. Hal ini demikian kerana, responden dan sahabatnya memilih jawapan yang juga condong ke arah kategori menyenangkan perasaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s