4.0 Menyenangkan Perasaan

Dapatan Kajian Responden 4

Dapatan Kajian 1

1. Selamat pagi semua rakyat Malaysia. Marilah kita menghayati hujung minggu ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Ulasan: Frasa 1, menunjukkan bahawa responden merupakan seorang yang ceria. Ini dapat dilihat melalui sapaan “Selamat pagi semua rakyat Malaysia”. Di samping itu, melalui penyataan “Marilah kita menghayati hujung minggu ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah”, responden juga mengajak orang ramai agar menghayati hari tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang dapat memberi manfaat. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang pendamai sikapnya yang suka menyapa orang lain.

Dapatan Kajian 2

2. Selamat pagi semua.. Pagi ini hari pertama aku bekerja. Harap semuanya lancar. Amin.

Ulasan: Frasa 2,membuktikan bahawa responden seorang yang periang melalui ucapan sapaanya. Frasa”Pagi ini hari pertama aku bekerja. Harap semuanya lancar.”, responden juga menyatakan  bahawa beliau akan memulakan pekerjaannya dan berharap agar ianya berjalan dengan baik. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yangbersikap optimistik dalam melakukan segala perkara walaupun ianya merupakan suatu perkara yang baru kepada responden.

Dapatan Kajian 3

3. Yeeeeeaaarrrrrrgggghhhh . Project aku berjaya, presentation aku success. Project atau product akan dikomersialkan.hahahahah. Terbaik!

Ulasan: Dalam frasa 3 ini, responden menceritakan kejayaan yang dilaluinya. Melalui frasa “Project aku berjaya, presentation aku success. Project atau product akan dikomersialkan.” menyatakan tentang  kejayaan pembentangan responden dan  hasilnya produk tersebut akan diperkenalkan di pasaran kelak. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang  dapat menaikkan semangat rakan-rakan responden untuk berjaya sepertinya.

Dapaatn Kajian 4

4. Selamat pagi semua rakyat Malaysia.

Dapatan Kajian 5

5. Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.

Ulasan: Melalui frasa 4 dan 5, jelas membuktikan bahawa bahawa responden seeorang individu yang dapat mencetus situasi ceria. Ini dapat dilihat melalui sapaan “Selamat pagi” bukan sahaja kepada rakan-rakan FB nya tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yangcintakan kedamaian melalui sapaannya itu.

Dapatan Kajian 6

6. Minta maaf laaa klau ada yang terasa…… atau kata2 yg kurang menyenangkan…….harap2 esk adalah lebih baik dari hari ini.🙂

Ulasan: Dalam frasa 6, responden telah memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati dengannya atau responden pernah mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan. Ini dapat dilihat melalui frasa “Minta maaf laaa klau ada yang terasa…… atau kata2 yg kurang menyenangkan”. Disamping itu, responden juga sangat berharap bahawa dirinya dapat menjadi lebih baik keesokkan harinya berbanding hari ini. Berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang cintakan kedamaian.

Dapatan Kajian 7

7. Insyallah klau ada rezeki tu ada…..laaa

Ulasan: Dalam frasa 7, responden menyatakan bahawa beliau percaya bahawa rezeki seseorang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Ini dapat dilihat melalui perkataan “Insyallah klau ada rezeki tu ada…..laaa”. Berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang  bersikap optimistik dan lebih ke arah kategori menyenangkan perasaan.

Dapatan Kajian 8

8. Jangan berharap pada dia atau mereka yg tak menghargaimu ..
berbahagialah dengan apa yang kamu miliki..
dan jangan bersedih dengan apa yang kamu tidak miliki. peace yaaaa…..

Ulasan: Dalam dapatan kajian 8 ini, responden menasihati orang lain supaya tidak menyandarkan apa-apa harapan kepada seseorang yang tidak tahu menghargai diri kita. Di samping itu, responden juga menyatakan pandangannya supaya menghargai apa sahaja yang kita miliki dan dan tidak perlu bersedih seandainya kita tidak dapat memiliki apa yang diimpikan. Ini dapat dilihat melalui frasa “berbahagialah dengan apa yang kamu miliki.. dan jangan bersedih dengan apa yang kamu tidak miliki. peace yaaaa….”. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang pendamai.

Dapatan Kajian 9

9. Sudah sampai masa untuk mengorak langkah merancang masa depan.

Ulasan: Melalui frasa “Sudah sampai masa untuk mengorak langkah merancang masa depan”, responden menyatakan bahawa sudah sampai waktunya untuk beliau memikirkan hala tuju kehidupannya sama untuk memastikan apa yang diimpikannya menjadi kenyataan. . Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang bersikap optimistik dalam kehidupannya.

Dapatan Kajian 10

10. Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi. Jika ada umur yang panjang. Esok kita online lagi. Assalamualaikum dan selamat malam.

Ulasan: Frasa 10, responden menunjukkan kebolehannya dalam berpantun. Beliau menyatakan kepada rakan-rakan FB nya bahawa dia akan “online” keesokkan harinya dan harap dapat bertemu lagi. Responden juga tidak lupa mengucapkan ucapan salam dan “Selamat Malam” yang kebiasaannya akan menghiasi wall responden setiap hari. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang cintakan kedamaian.

One thought on “4.0 Menyenangkan Perasaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s