5.0 Neurotik

Dapatan Kajian Responden 5

Dapatan Kajian 1

1. : ‘(

Ulasan: Frasa 1, walaupun responden hanya menggunakan perlambangan sahaja, tetapi ianya dapat menunjukkan tentang kesedihan yang dialaminya. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang sensitif atau neurotik.

Dapatan Kajian 2

2. Hehhhhhh!!!! Suka-suka hati hantar request nak webcam… Ingat saya perempuan jenis apa ke?? Suka hati.. Salam tak da. Kenal pun tidak..

Ulasan: Melalui penyataan “Suka-suka hati hantar request nak webcam… Ingat saya perempuan jenis apa ke??” dalam frasa 2,  menyatakan tentang ketidakpuashatian responden  kerana seseorang yang tidak dikenali olehnya telah menghantar permintaan untuk membuat panggilan video. Bagi responden, tindakan orang tersebut adalah tidak bermoral. Berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang sentiasa berasa tidak selamat dan  berada dalam kerisauan.

Dapatan Kajian 3

3. Tak kisah la kau dengan dia ada tali saudara mara..tapi dia bukan “bapak ayam” kau. Nak tanggung kau, mintak segala bagai itu ini bila dah bagi, memilih dan cerewat pulak tu. Dah tu bila pula hamba Allah tu nak kumpul duit? Eh!! Tak faham lah aku jenis apa kau ni..

Ulasan: Frasa 3, responden begitu marah dengan tindakan seseorang yang suka meminta sesuatu sehinggakan beliau menggunakan perkataan yang agak kesat. Ini dapat dilihat melaui frasa “tapi dia bukan “bapak ayam” kau. Nak tanggung kau, mintak segala bagai itu ini bila dah bagi, memilih dan cerewat pulak tu.” Bagi responden,  sekali pun seseorang itu  mempunyai hubungan persaudaraan akan tetapi tindakan tersebut adalah tidak baik. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden berada dalam situasi tegang.

Dapatan Kajian 4

4. I’m so worry… ya Allah …

Ulasan: Frasa 4, menyatakan tentang kebimbangan responden terhadap sesuatu perkara. Perkataan “I’m so worry” telah cukup membuktikan bahawa  responden berada dalam kebimbangan dan  kegelisahan. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden berada dalam keadaan kerisauan.

Dapatan Kajian 5

5. Janji-janji dating.. Kul 9 janji , 2jam kemudian datang…Kul3 janji ,1jam kemudian datang…Kul 4 janji , 45 minit kemudian datang…janji-janji  lepak dengan member.. Main start kul 10, 30 sebelum dah smpai..Main start kul 10 , 1 jam sebelum dah siap panaskan badan…Apakah ini sering terjadi kepada pasangan-pasangan bercinta ?? Adakah ini adil??

Ulasan: Dalam frasa 5, responden mempersoalkan tindakan pasangannya yang selalu memungkiri janji apabila berjumpa. Akan tetapi, perkara sebaliknya berlaku sekiranya pasangan responden ingin berjumpa dengan rakan-rakan. Frasa  “Adakah ini adil??” jelas menggambarkan ketidak puashatianyang dialami oleh responden. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden berada dalam situasi tegang.

Dapatan Kajian 6

6. Kaki lebam…bengkak..sakit😥

Ulasan: Frasa 6, reponden meluahkan kesakitan yang dialaminya di bahagian kaki. Melalui frasa “Kaki lebam…bengkak..sakit” dapat menunjukkan bahawa responden tidak kuat semangat dalam menghadapi kesakitannya itu. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang sensitif.

Dapatan Kajian 7

7. Eeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ulasan: Dalam frasa 7, walaupun responden hanya menulis perkataan  “Eeeeeeeeeeeeee!!!!!” tetapi ianya dapat menunjukkan bahawa responden terlalu marah dan geram terhadap seseorang. Penggunaan tanda seru (!!!) juga menunjukkan bahawa responden seorang individu yang cepat melenting. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang mudah tersinggung.

Dapatan Kajian 8

8. Terasa nak telan manusia lah… haihh!

Ulasan: Melalui frasa 8, perkataan “Terasa nak telan manusia” jelas mempunyai maksudnya yang tersendiri. Dalam situasi ini, responden tidak mahu melihat kewujudan orang yang telah menyebabkannya naik angin. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang cepat ‘moody’ dan kadang-kala moodnya sukar diramal.

Dapatan Kajian 9

9. Malas dah aku nak buat apa-apa lagi lepas ni…apa-apa saja la… hergggghhh~~~~~

Ulasan:Dalam frasa 9 ini, menggambarkan bahawa responden tidak mahu terlibat lagi dalam melakukan sesuatu perkara. Baginya lebih baik berdiam diri daripada berkta-kata kerana boleh menyebabkan jiwanya rasa disakiti. Ini dapat dilihat melalui frasa “Malas dah aku nak buat apa-apa lagi lepas ni… apa-apa saja la”.Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden berada dalam situasi tegang dan seorang yang mudah tersinggung terhadap sesuatu perkara.

Dapatan Kajian 10

10.  Sila jangan sibuk hal saya … Sekian ~~
Saya xpernah pon kenal awak …

Ulasan: Dalam frasa 10, responden meminta seseorang yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini supaya tidak masuk campur dalam urusan kehidupannya. Ini dapat dilihat melalui frasa “Sila jangan sibuk hal saya”. Berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden berada dalam situasi moody  dan tegang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s