3.0 Ekstrovert

Dapatan Kajian Responden 3

Dapatan Kajian 1

1.  Ohhhh Tidak!!!!

Ulasan: Dalam frasa 1, responden tiba-tiba menyatakan frasa “Ohhhh Tidak!!!!” menyebabkan rakan-rakan responden tertanya-tanya apa yang berlaku kepadanya. Melalui status yang ditulisnya ini, menunjukkan bahawa responden cuba menarik perhatian teman-temannya melalui cara seperti ini. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang peramah.

Dapatan Kajian 2

2. Kalau aku tahu jadi macam ini, aku tidak akan buang. Kenapa lah tak pernah nak simpan?

*sebab tak tahu la buang*   -_- .

Ulasan: Frasa 2, menunjukkan tentang kekesalan yang dilakukan leh responden sendiri. Akan tetapi, responden dilihat cuba menasihati dirinya sendiri. Melalui frasa ” Kalau aku tahu jadi macam ini, aku tidak akan buang. Kenapa lah tak pernah nak simpan?”, kenyataan daripada responden penuh dengan pelbagai persoalan.Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden mempunyai ciri seorang yang mesra kerana daripada statusnya itu, akan berlaku komunikasi antara beliau dengan rakan-rakannya. Ini dapat digambarkan bahawa beliau seorang yang ekstrovert.

Dapatan Kajian 3

3. Teringat morib pulak masa dgn rakan-rakan  :)

Ulasan: Frasa 3, menjelaskan tentang kenangan responden bersama-sama dengan rakannya sewaktu di Morib. Bagi responden, waktu itu merupakan satu memori yang terpahat dalam ingatannya.Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang peramah dam mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.

Dapatan Kajian 4

4. Lagi sebulan, kurang 2 bulan.

Ulasan: Berdasarkan ayat “Lagi sebulan, kurang 2 bulan” dalam frasa  4, jelas menunjukkan bahawa hanya responden seorang sahaja yang memahami apa yang cuba disampaikannya tetapi tidak rakan-rakan responden. Keadaan ini menyebabkan rakan-rakan responden tertanya-tanya tentang status yang ditulisnya. Keadaan ini menyebabkan komen daripada responden dan teman-teman FB nya menjadi panjang. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden sagat peramah dengan rakan-rakannya.

Dapatan Kajian 5

5. ~Antara Cinta & Rindu~
~Antara Rindu & Cinta~
~~~~~~PCI♥~~~~~~

Ulasan: Frasa 5, responden menyatakan tentang kerinduaan dan perasaan cinta yang dialami olehnya. Akan tetapi status yang ditulis oleh responden, menyebabkan orang lain tertanya-tanya. Melalui perkataan “PCI ♥”, responden dilihat seperti cuba merahsiakan apakah maksud tersebut. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang peramah apabila beliau cuba menarik perhatian orang lain melalui cara seperti ini.

Dapatan Kajian 6

6. 5 hari lagi.. Ada 1 lagi. Masih difikirkan lagi. Lagi lagi lagi…..

Ulasan: Berdasarkan ayat “5 hari lagi.. Ada 1 lagi. Masih difikirkan lagi” dalam frasa 6, responden dilihat seperti sedang memikirkan sesuatu. Akan tetapi, status responden yang tergantung tanpa menceritakan apa yang berlaku menyebabkan orang lain ingin mengetahui dengan jelas apa yang cuba disampaikan oleh beliau.Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden memiliki perwatakan sebagai seorang yang mesra.

Dapatan Kajian 7

7.  Semuanya akan bermula.

Ulasan: Dalam frasa 7, sekali lagi menunjukkan tentang status responden yang penuh dengan tanda-tanya di mana beliau menulis frasa “Semuanya akan bermula”. Akan tetapi tindakan responden yang tidak menceritakan terlebih dahulu apa yang berlaku dapat menunjukkan bahawa responden seorang yang penuh dengan pelbagai persoalan atau ekstrovert. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang peramah.

Dapatan Kajian 8

8. Sepatutnya hari ini ,dan
Tinggal 3 hari lagi, dan
Ada 1 lagi.

Ulasan: Dalam frasa 8 ini, responden memberitahu bahawa perkara tersebut sepatutnya berlaku pada waktu itu. Akan tetapi yang menjadi persoalannya ialah frasa “Tinggal 3 hari lagi, dan ada 1 lagi” menyebabkan teman-temannya gagal untuk memahami makna yang cuba disampaikannya. Keadaan ini menyebabkan wujudnya interaksi antara responden dengan sahabatnya. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang peramah.

Dapatan Kajian 9

9. Bila awak sedar itu lah titik permulaan awak. Teringat ayat ni🙂

Ulasan: Berdasarkan dapatan kajian 9, ayat yang ditulis oleh reponden itu mengingatkannya kepada seseorang yang sering menungkapkan perkataan tersebut. Di samping itu, daripada ayat tersebutlah yang telah memberi kesedaran kepada  responden untuk tidak mengalah dengan mudah. Ini dapat dilihat melalui frasa “Bila awak sedar itu lah titik permulaan awak”. Berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden telah  memperoleh inspirasi daripada situasi sosial dan ia menjurus ke arah kategori ekstrovert

Dapatan Kajian 10

10. Aku tahu sebenarnya…
Aku tak tahu macam mana, da bnyk kali dah…

Ulasan: Melalui frasa 10, responden sekali lagi menulis status yang penuh dengan pelbagai persoalan. Ini dapat dilihat melalui frasa “Aku tahu sebenarnya… Aku tak tahu mcam mana, da bnyk kali dah…” jelas menunjukkan bahawa kenyataan yang ditulis olehnya sering membuatkan orang tertanya-tanya tentang apa yang ingin disampaikan. Hal ini disebabkan bahawa responden tidak menceritakan terlebih dahulu perkara tersebut. Keadaan ini menyebabkan rakan-rakan responden ingin mendapatkan penjelasan lanjut tentang hal itu. Daripada situ, maka berlakulah komunikasi antara mereka. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang peramah.

One thought on “3.0 Ekstrovert

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s