2.0 Berhemah

Dapatan Kajian Responden 2

Dapatan Kajian 1

1. Kacak seseorang itu tidak menandakan dia itu baik. Bak kata pepatah”Tak jumpa , maka tak cinta”.

Baik ditandakan melalui hati yang baik. Ikhlas segala-galanya kerana Allah.

Ulasan: Frasa 1, menggambarkan bahawa responden sangat berhemah dalam hidup. Ini dapat dilihat melalui frasa “Baik ditandakan melalui hati yang baik. Ikhlas segala-galanya kerana Allah.” Baginya rupa paras bukanlah ukuran untuk seseorang itu menilai hati budi orang lain. Tetapi bagi responden, hati yang baik lahir daripada sifat keihlasan kerana Allah dalam membuat sesuatu pekerjaan. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang bertanggungjawab melalui nasihat yang diberikan kepada rakan-rakan FB nya.

Dapatan Kajian 2

2. Cinta sebelum bernikah, adalah haram.. Kalau dah haram,andai lakukannya berdosa. Apatah lagi bergambar dengan berpasang-pasanganan. Allah SWT berfirman : “Dan jangalah kalian dekati zina, kerana sesungguhnya zina itu kotor dan sejelek-jeleknya jalan” (Surat Al Isro’ 32).

Ulasan: Frasa 2, responden memberi nasihat tentang dunia percintaan.Ini dapat dilihat melalui frasa “Allah SWT berfirman : “Dan jangalah kalian dekati zina, kerana sesungguhnya zina itu kotor dan sejelek-jeleknya jalan” (Surat Al Isro’ 32)”. Menurut responden, melalui budaya ini boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus ke lembah yang kotor. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang sangat boleh diharapkan kerana suka berkongsi hal-hal keagamaan kepada  pengguna FB melalui bacaan ayat suci Al-Quran.

Dapatan Kajian 3

3.Allahhuak’bar… belum lagi kiamat..

Ulasan: Frasa 3, responden menyatakan kesyukurannya melalui ucapan” Allahhuak’bar”. Responden dilihat sangat takut menghadapi hari tersebut kerana responden mahu melengkapkan diri dengan amalan takwa untuk bekalan di akhirat kerana responden mahu melengkapkan diri dengan amalan takwa untuk bekalan di akhirat. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang rajin.

4.Jom jadi baik (elakkan daripada mengata orang).

Ulasan: Frasa 4, menunjukkan bahawa responden mengajak rakan-rakannya supaya melakukan kebaikan dan menjauhi keburukkan. Ini dapat dilihat melalui frasa “Jom jadi baik”.  Di samping itu, responden juga menasihati orang lain supaya menjauhi amalan mengata kerana baginya perkara tersebut merupakan suatu perbuatan yang dilarang dalam agama. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang bertanggungjawab.

Dapatan Kajian 5

5.Sedang berbelah bagi. Ya Allah,bantu la hambamu ini..

Ulasan: Melalui frasa 5, ini jelas menggambarkan bahawa responden meluahkan perasaan yang dihadapinya kepada Allah SWT. Responden juga memohon supaya Allah S.W.T membantunya menghadapi perasaan yang sedang dialaminya. Ini dapat dilihat melalui frasa “Sedang berbelah bagi. Ya Allah,bantu la hambamu ini.” Oleh itu, ini dapat menunjukkan  bahawa responden seorang berserah diri kepada Penciptanya dalam segala perkara dan hanya bergantung hanya kepada-Nya. Berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang tabah.

Dapatan Kajian 6

6. Malaikat maut sebelah kita? bersediakah kita?? benci atau disayangi oleh Nya?? Syukur alhamdulillah..berserah.. Moga-moga jalannya dipermudahkan.. amin.

Ulasan: Frasa 6, sekali lagi menggambarkan bahawa responden berserah diri sekiranya ajal menjemputnya. Responden berdoa agar segala jalan untuk menghadadapi detik itu dipermudahkan. Ini dapat dilihat melalui frasa ” Syukur alhamdulillah..berserah.. Moga-moga jalannya dipermudahkan.. amin.” Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang sentiasa tabah dan mengingati Allah S.W.T dalam kehidupannya.

Dapatan Kajian 7

7. Kadangkala kita tidak dapat apa yang kita nak.. Tapi terima seadanya apa yang kita dapat,sebab Allah Maha Adil.. kalau itu sahaja usaha dan tawakal kita padanya,itu sahajalah yang dibalasnya.. dan Dia lah yang maha pemberi rezeki ..

Ulasan: Frasa 7, responden menyatakan bahawa baginya, apa sahaja yang diperoleh haruslah diterima dengan reda’. Ini bersesuian dengan kenyataan responden bahawa  “usaha dan tawakal” sangat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang tersusun.

Dapatan Kajian 8

8. Hujan adalah rahmat dari Allah. Sayangnya Allah pada kita. Tapi kita??

Ulasan:Dalam kenyataan responden iaitu “Hujan adalah rahmat dari Allah. Sayangnya Allah pada kita. Tapi kita??” dalam frasa 8, sekali lagi membuktikan bahawa responden mengingati diri dan orang lain tentang sayangnya Allah pada umatnya. Tetapi menurut responden, kadang-kala kita lalai mengingatinya walaupun Dia tidak pernah sekali pun melupakan kita. Ini menunjukkan bahawa responden bermuhasabah dengan dirinya dan mengajak masyarakat untuk sama-sama mendekatkan diri dengan Pencipta. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang bertanggungjawab.

Dapatan Kajian 9

9. Terasa hairan .. Bagaimana seseorang muslim boleh menghabiskan bacaan Al-Fatehah sebegitu pantas di dalam solat. Sedangkan harakat,waqaf atau pemberhentian,tarik nafas sebelum menyambung ayat jika waqaf,mahraj huruf,semuanya perlu di jaga. Jika tertukar salah satu patah huruf pun,solatnya sudah tidak diterima. Ya Allah,aku berlindung padamu, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.

Ulasan: Frasa 9, menunjukkan  responden memberi pandangannya tentang bacaan ayat uci Al-Quran dalam solat. Dalam statusnya iaitu , “Jika tertukar salah satu patah huruf pun, solatnya sudah tidak diterima. Ya Allah,aku berlindung padamu, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. ” jelas menunjukkan bahawa responden meningatkan diri dan orang lain bahawa semasa membaca bacaan tersebut haruslah mengikut tajwidnya. Ini jelas menunjukkan bahawa responden seorang yang berhemah dan sangat mementingkan agama dalam kehidupan. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang bertanggungjawab dan sangat bloeh diharapkan untuk membimbing orang lain.

Dapatan Kajian 10

10. Sakit itu tanda sayangnya Allah pada kita..Jom sama2 mengadu padanya,bukan mengeluh.

Ulasan: Frasa 10, dapat menguatkan lagi andaian saya tentang personaliti responden. Dalam frasa “Sakit itu tanda sayangnya Allah pada kita..Jom sama2 mengadu padanya,bukan mengeluh.”  dapat memberi gambaran tentang responden iaitu seorang yang tabah. Baginya,  kesakitan itu adalah tanda bahawa Allah S.W.T sangat sayang akan hambanya. Oleh itu, responden mengajak rakan-rakannya supaya banyak mengingati Allah bukannya mengeluh. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang tabah.

One thought on “2.0 Berhemah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s