1.0 Berfikiran Terbuka

Dapatan Kajian Responden 1

Dapatan Kajian 1

1. Don’t be afraid to change…You may lose something good…but you gain something even better……

Ulasan : Frasa 1, mengambarkan tentang personaliti responden yang berada dalam kategori berfikiran terbuka. Ini dapat dilihat melalui frasa “Don’t be afraid to change…You may lose something good…but you gain something even better”. Bagi responden, sekiranya kita menghadapi sesuatu perkara usah gentar untuk menyahut cabaran walaupun ia menyebabkan kita kehilanggannya. Sebaliknya sentiasalah berfikiran positif, di mana kita akan beoleh yang lebih baik daripada itu.  Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang bersikap ingin tahu.

Dapatan Kajian 2

2. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan…..kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap .

Ulasan : Frasa 2,  menunjukkan bahasa responden seorang yang tidak cepat mengalah walaupun menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan seseuatu perkara. Ini dapat dilihat melalui frasa “Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan”.  Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang sangat menghargai pengalaman.

Dapatan Kajian 3

3. Saya tak akan menyerah kalah. Berusaha lebih tekun.

Ulasan :Frasa  3, menunjukkan bahawa responden tidak mudah mengalah sekiranya mengalami kepayahan. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang itu bangkit daripda kejatuhan dan tidak menoleh ke belakang, sudah pastinya kesusahan tersebut akan bertukar menjadi kemanisan Ini dapat dilihat berdasarkan frasa “Saya tak akan menyerah kalah. Berusaha lebih tekun”.Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang sangat menghargai pengalaman untuk berjaya.

Dapatan Kajian 4

4. Akanku cuba..insyaallah..katakan boleh!!!

Ulasan: Dalam frasa 4, responden dilihat mempunyai personaliti berfikiran terbuka apabila beliau sanggup berusaha terhadap sesuatu perkara. Baginya, sesuatu perkara itu akan berhasil sekiranya dalam pemikiran telah ditanamkan perkataan “Boleh”. Ini dapat dibuktikan melalui frasa “Akanku cuba”. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang sangat bercitarasa tinggi.

Dapatan Kajian 5

5. “Tuntutlah ilmu,kerana dengan ilmu, ia menjaga anda tetapi dengan wang, anda terpaksa menjaganya”.

Ulasan: Melalui frasa 5, jelas membuktikan bahawa responden seorang yang berfikiran terbuka dalam menuntut ilmu. Dalam status responden iaitu “Tuntutlah ilmu,kerana dengan ilmu, ia menjaga anda tetapi dengan wang, anda terpaksa menjaganya ” menyatakan bahawa jika seseorang mempunyai kemewahan tetapi tidak mempunyai ilmu di dada, maka kekayaan tersebut akan hilang suatu hari nanti. Oleh itu, bagi responden ilmu pengetahuan lebih penting daripada dilimpahi kemewahan. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang bijak.

Dapatan Kajian 6

6. “Rezeki tidak akan ke mana….kita harus bersabar…niat ikhlas jujur itu penting…jangan fikir negatif…mana tahu rezeki tidak di sangka akan datang bila-bila masa…harus bersabar ya..”

Ulasan : Frasa 6, sekali lagi menunjukkan bahawa resonden mempunyai personaliti ini. Buktinya, dalam frasa “Rezeki tidak akan ke mana….kita harus bersabar…niat ikhlas jujur itu penting…jangan fikir negatif” menunjukkan bahawa bagi responden rezeki seseorang itu ada di mana-mana. Perkara yang penting ialah kita harus berusaha untuk mendapatkannya dan sentiasa bersabar dalam menempuh cabaraan.  Bagi responden juga pemikiran negatif harus dibuang sebaliknya digantikan dengan keyakinan yang mendalam. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang imaginatif.

Dapatan Kajian 7

7. ♥ Positive thinking will let you do everything better than negative thinking will ♥

Ulasan : Frasa 7, responden menegaskan bahawa apabila seseorang itu sentiasa berfikiran positif dalam hidupnya maka semua perkara yang dilakukannya akan menghasilkan kejayaan. Akan tetapi apabila kita mula berfikiran negatif sahaja maka hasilnya sudah pasti kegagalan. Ini dapat dilihat melalui frasa “Positive thinking will let you do everything better than negative thinking will”. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang sangat menghargai pelbagai pengalaman dan idea.

Dapatan Kajian 8

8. ♥ Jika kita rasa kecewa,pandanglah ke sungai….Airnya tetap mengalir,biarpun berjuta batu menghalang. ♥

Ulasan: Dalam frasa 8, jelas menunjukkan bahawa reponden seorang yang berfikiran terbuka. Buktinya responden menyatakan perumpamaan air dan batu merujuk kepada segala cabaran akan dapat diatasi asalkan kita berusaha untuk menghadapinya. Ini dapat dilihat melalui frasa “Jika kita rasa kecewa,pandanglah ke sungai….Airnya tetap mengalir,biarpun berjuta batu menghalang”. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang imaginatif kerana menggunakan perumapamaan untuk merujuk kepada sesuatu perkara.

Dapatan Kajian 9

9. ♥ Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan..Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,
bila -bila masa ia akan pecah

Rumusan: Dalam frasa 9, responden menyatakan bahawa dalam hidup kita perlu mempunyai pegangan agama yang kuat. Hal ini kerana, tanpanya, makan kita ibarat buih sabun yang menunggu masa untuk pecah. Ini dapat dilihat melalui frasa “Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun, bila -bila masa ia akan pecah“. Berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang artistik kerana perumapamaan yang digunakan itu sangat menarik.

Dapatan Kajian 10

10. ♥ Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang ♥

Ulasan: Frasa 10, responden menyatakan bahawa jika kita memiliki semangat yang kental maka apa sahaja cabaran yang datang dapat ditangani dengan sebaik mungkin Ini merujuk kepada frasa ” Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang”. Berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, saya mengandaikan bahawa responden seorang yang bijak kerana dapat  menempuh cabaran yang dihadapinya.

2 thoughts on “1.0 Berfikiran Terbuka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s