Analisis Pragmatik

Pragmatik merupakan suatu ilmu penginterpetasian (pentafsiran) linguistik yang melibatkan faktor-faktor bukan linguistik, iaitu kombinasi di antara faktor kedua-duanya iaitu linguistik dan bukan linguistik. Hal ini benar-benar dapat membantu penyelidik untuk memperolehi makna yang lebih berkesan (Nor Hasyimah Jalaluddin, 1992:1). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1229), pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu. Dalam Kamus Linguistik (1997:192) pula, pragmatik yang terdapat dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu.
Mengikut Jens Allwood (1983), “pragma” berasal daripada perkataan Greek  yang membawa makna aksi atau aktiviti.  Wunderlich (1980) menyatakan bahawa pragmatik adalah berkaitan dengan interpretasi terhadap ayat atau ujaran di dalamkonteks yang lebih luas, termasuk pemahaman terhadap wacana yang berkaitan, kepercayaan, dan jangkaan oleh seseorang penutur dan pendengar, hubungan sosial mereka, tanggungjawab serta pengetahuan latar belakang, dan sebagainya.

Rakaman Audio Dialek Minangkabau
bmk
bmk 1
bmk 2
Dalam kajian ini pengkaji telah memberi tumpuan utama terhadap penggunaan bahasa formal dan tidak formal. Contoh di bawah merupakan dapatan yang diperoleh oleh pengkaji.
1. Penggunaan bahasa formal.
Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan pada situasi formal atau rasmi. Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana. Bahasa formal merupakan variasi bahasa yang mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan baik dari aspek sebutan, sistem imbuhan, struktur ayat mahupun pilihan perkataan. Menurut Richard et.al menyatakan bahawa bahwa bahasa formal adalah ragam bahasa yangberstatus tinggi di dalam suatu masyarakat atau bangsa dan dituturkan oleh mereka yang berpendidikan semasa berkomunikasi antara mereka atau pun semasa menulis.  Berdasarkan pengertian di atas, jelas bahwa bahasa formal itu adalah bentuk bahasa yang telah ditetapkan, diterima dan berfungsi sebagai model oleh masyarakat secara luas.
Contoh pragmatik dapat dilihat seperti situasi di bawah.

z

Contoh di atas jelas menunjukkan bahawa rsponden menggunakan bahasa formal semasa berkomunikasi dengan majikannya. Hal ini dapat dilihat apabila responden tidak menggunakan nama sendiri ,nama timbangan atau nama ringkas semasa berkomunikasi. Sebaliknya membahasakan dirinya sebagai saya. Selain itu, responden juga turut menggunakan nama panggilan yang sesuai ketika berinteraksi dengan majikannya iaitu denagan panggilan ‘bos’. Terakhir ialah responden telah memperlihatkan pola intonasi yang jelas untuk bahasa formal ketika diminta untuk mengetahui cara berkomunikasi.

 2.Bahasa Tidak Formal

Bahasa tidak formal pula digunakan pada situasi tidak rasmi. Contoh bahasa tak formal ialah bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa mesra, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, dan dialek. Bahasa tidak  formal tidak perlu terlalu tersusun atau teratur bahasanya. Sebaliknya yang diutamakan  ialah keakraban dan kemesraan , maka menyebabkan bentuk-bentuk perkataannya menjadi singkatan. Di samping itu, kosa kata yang digunakan dalam bahasa tidak formal juga berbeza daripada bahasa baku seperti penggunaan kata ganti diri. Di dalam bahasa ini juga, turut menggunakan gelaran kekeluargaan dalam hubungan antara anggota keluarga atau sanaksaudara, serta panggilan intim jika berhubung dengan sahabat handai.

z

Berdasarkan jadual di atas:

1. Responden menggunakan panggilan intim semasa berkomunikasi dengan suaminya. Pengkaji mendapati bahawa responden membahasakan suaminya dengan panggilan “abah”. Bagi responden penggunaan perkataan abah dianggap sebagai suatu perkataan yang sesuai bagi pasangan suami isteri semasa berinteraksi.

2.   Penggunaan perkataan “adik” yang merujuk kepada anak telah digunakan oleh responden semasa berkomunikasi dalam kalangan ahli keluarga. Dalam hal ini menunjukkan bahawa responden menggunakan panggilan intim semasa berkomunikasi antara ibu dan anak.

3. Pengguaan kata ganti diri “awak” dalam DM merujuk kepada saya. Responden membahasakan dirinya dengan panggilan “awak” yang ternyata memperlihatkan terdapatnya penggunaan bahasa tidak formal dalam perbualan ini.

Rakaman Lagu Dialek Minangkabau

denden

Dalam lirik lagu di atas, pengkaji telah meneliti aspek penggunaan kata ganti nama diri. Hasil kajian tersebut dapat dilihat seperti di bawah.

Penggunaan kata ganti diri pertama

Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak. Contoh d bawah hanya memperlihatkan penggunaan kata ganti diri pertama dalam bentuk tunggal sahaja.

i. Penggunaan kata ganti diri pertama ‘Den’

 Penggunaan Den sama dengan aku dalam BMS. Oleh itu, penggunaan Den tidak sesuai digunakan untuk mereka yang lebih tua daripada seseorang.pr 1ii. Penggunaan kata ganti diri pertama ‘Denai’.

pra2

Penggunaan kata ganti diri kedua ‘Uda’.

Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini pengkaji mendapati bahawa lirik lagu ini menggunakan kata ganti diri tunggal sahaja. Contohnya dapat dilihat seperti rajah di bawah.

pra3

Analisis Makna

Perkataan sematik berasal daripada perkataan Yunani iaitu “semainein” yang bermaksud  mempunyai makna.  Ini bermakna semantik adalah sub-bidang dalam ilmu linguistik yang berkaitan dengan makna (meaning). Menurut Lobner (2002) menyatakan bahawa semantik ialah  meaning is always the meaning of something. Manakala Lyon (1971) menjelaskan pada umumnya semantik ditakrifkan sebagai suatu bidang tentang makna (semantics is generally defined as the study of meaning). Dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji tumpuan utama yang difokuskan terhadap bahasa ialah BMS dan DM. Rajah di bawah merupakan contoh yang semantik yang ternyata berbeza dengan BMS.

Rakaman Audio Dialek Minangkabau Aspek Makna

ok

1. Dalam BMS perkataan lalok digunakan untuk merujuk kepada individu yang berada dalam keadaan khayal. Perkataan ini merupakan bahasa slanga yang digunakan terutamanya oleh golongan remaja. Sedangkan dalam DM perkataan lalok merujuk kepada seseorang yang sedang tidur.

2. Perkataan melalak dalam BMS merujuk kepada situasi seseorang yang menjerit atau menangis dengan kuatnya. Manakala dalam BM perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang sangat gemar keluar untuk mencari hiburan.

3. Bagi perkataan iti-itik pula dalam BMS merujuk kepada bintang yang mengeluarkan bunyi ‘kuek’. Manakala dalam DM ia merujuk kepada kupu-kupu.

4. Dalam BMS perkataan kaca bermaksud  kepingan objek yang dapat memantulkan imej objek tersebut sedangkan dalam DM perkataan ini merujuk kepada kata kerja pegang.

5. Perkataan kancah dalam BMS merujuk kepada kawasan lembah. Sebaliknya dalam DM, kacah ini digunakan untuk merujuk kepada kuali yang bersaiz besar.

6. Rancak dalam BMS merujuk kepada tarian atau joget yang rancak iramnya. Manakala dalam DM perkataaan ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai paras rupa yang cantik atau tampan.

7. Perkataan silau bagi BMS membawa maksud cahaya matahari yang menyebabkan keadaan mata menjadi kabur. Sedangkan dalam DM perkataan silau ini digunakan untuk merujuk kepada perbuatan untuk melawat atau menziarahi orang lain.

8. Samba dalam DMS digunkaan untuk merujuk kepada sejenis tarian moden dan rancak yang berasal dari negara Brazil. Sebaliknya dalam DM perkataan samba ini bermaksud masakan yang digoreng dengan minyak terlebih dahulu dan memerlukan cili sebagai bahan utama.

9. Awak dalam BMS merujuk kepada kata ganti nama diri kedua ketika berkomunikasi. Sedangkan dalam DM perkataan awak digunakan untuk merujuk kepada kata ganti nama diri pertama. Awak dalam DM ini bermaksud saya.

10. Perkataan mamak dalam BMS merujuk kepada keturunan Tamil Muslim yang berwarganegara Malaysia. Sedangkan dalam DM perkataan ini digunakan apabila seseorang yang lebih muda memanggil pak ciknya. Pak cik yang dimaksudkan ini ialah abang atau adik lelaki sebelah ibu sahaja.

Rumusan

Daripada dapatan di atas jelas menunjukkan bahawa dalam BMS dan DM mempunyai perbezaan makna antara satu sama lain. Oleh itu, melalui dapatan ini diharap dapat memberi maklumat bukan sahaja kepada penutur natif DM tetapi juga kepada pengguna bahasa lain.

Analisis Pembentukan Ayat

Sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat, iaitu bagaimana kata disusun menjadi frasa dan frasa disusun menjadi ayat. Kajian ini melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membentuk ayat

Menurut Chomsky (1965) menyatakan bahawa rumus struktur frasa mempunyai dua tugas utama, iaitu memerihalkan sistem hubungan pembentukan ayat yang wujud dan menentukan urutan dalaman bagi unsur pembentukan ini, dan dengan itu memungkinkan berlakunya rumus transformasi.

Rakaman Lagu Dialek Minangkabau

den

den

den

1. Ayat Perintah

Ayat perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.Ayat perintah terbahagi kepada tiga iaitu ayat permintaan, silaan dan larangan. Akan tetapi pengkaji mendapati bahawa hanya terdapat dua sub dalam ayat perintah iaitu ayat perintah dan ayat larangan.
Contoh:

i. Ayat Permintaan

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon sesuatu atau untuk pertolongan.

Contohnya:

a

ii. Ayat larangan

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah  atau tidak  perlu sebelum kata kerja bagi tujuan menegah seseorang untuk melakukan sesuatu.

Contoh:

b

2. Ayat Nafi

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Dalam konteks ini, pengkaji mendapati bahawa kajian ini menggunakan kata nafi bukan untuk menyangkal dakwaan tersebut.

Contoh:

c

3. Ayat Penyata

Di samping itu, terdapat juga ayat penyata. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Contoh:

d

4. Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan bertujuan untuk menanyakan sesuatu perkara. Menurut Tatabahasa Dewan (1994:243), kata tanya bermaksud perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Misalnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanyatersebut  hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.

Contoh:

e

5. Ayat Pasif

Pengunaan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam ayat yang mempengaruhi binaan sesebuah ayat tersebut. Penggunaan ayat pasif dalam sesuatu bahasa bertujuan untuk menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
Menurut Abdullah Hassan.et.al.(2006) menyatakan bahawa Za’ba berpendapat gejala pasif ialah ‘bangun kena buat’. Istilahini digunakan jika penyambut atau benda yang kena buat oleh perbuatan itu menjadi benda percakapan (benda yang diceritakan halnya), dan pembuat sesuatu perbuatan tersebut tidak dinyatakan dengan tepat dan kadang-kala tidak disebutkan langsung. Beliau berpandangan bahawa penggunaan awalan imbuhan [di-] dalam struktur ayat pasif hendaklah sebelum kata kerja transitif.

Contoh:

f

6. Frasa Adjektif

Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai penerang frasa kerja dan frasa nama. Menurut Kamus Linguistik (1997) mentakrifkan frasa adjektif sebagai kata yang menerangkan kata nama dalam frasa nama.
Contohnya:

g

7. Frasa Kerja

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan wajib dihadiri oleh kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Menurut Nik Safiah Karim et.al (1996) menyatakan bahawa KT ialah binaan yang menjadi inti bagi sesuatu perkataan atau konstruksi Frasa Kerja (FK).

h

8. Ayat Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil. Ayat pancangan ini dapat dilihat seperti kewujudan yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya dalam ayat berkenaan.
Contoh:

i

Rumusan

 Berdasarkan contoh di atas, tidak terdapat perbezaan pembentukan ayat antara BMS dengan DM. Struktur ayat DM sama seperti DMS kerana kedua-dua bahasa ini berasal daripada rumpuan yang sama iaitu rumpun bahasa Austronesia. Perbezaan ayat di atas hanya dapat dilihat daripada aspek fonologi dan morfologi sahaja.

Analisis Pembentukan Kata

Pembentukan kata merupakan bidang yang mengkaji mengenai struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/ atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Menurut  Abdullah Hassan (2007 : 117 ) menyatakan morfologi  ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Rakaman Lagu Dialek Minangkabau

den

den

Analisis Pemilihan Kata

Pengkaji telah melihat dari sudut pemilihan kata iaitu perkataan yang terdapat dalam bahasa Minangkabau tidak terdapat dalam bahasa Melayu standard. Dalam dialek Minang terdapat beberapa perkataan yang tidak digunakan dalam BMS. Penggunaan perkataan dlm DM hanya difahami oleh penutur natif bahasa ini sahaja.

Pengkaji telah mengelompokkan hasil data yang diperolehi kepada lima kumpulan. Pengelompokan ini dapat dilihat seperti di bawah:

1. Panggilan ahli keluarga

den

2. Kata Hubung

den

3. Kata nama

den

4. Kata adjektif

den

5. Kata kerja

den

Analisis Penggandaan

Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja. Dalam contoh di bawah, terdapat penggandaan separa yang dapat dilihat dalam lagu ini. Penggandaan separa dapat didefinisikan sebagai pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan. Penggandaan seperti contoh di bawah hanya terdapat dalam bahasa Minangkabau tetapi tidak dalam BMS.

Contohnya:

pemilihan kata 2

Analisis Imbuhan

a) Imbuhan awal beR-

Imbuhan awalan beR- digunakan untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain. Dalam BMS penggunaan beR- hanya digunakan dalam kata kerja sahaja. Akan tetapi dalam DM penggunaan imbuhan beR- terdapat dalam kata nama di mana imbuhan tersebut dikenali sebagai ba-. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan antara imbuhan awalan beR- dalam BMS dengan DM.
Contohnya:

pemilihan kata 3

b) Imbuhan akhiran -an

Penggunaan imbuhan akhiran -an digunakan untuk membentuk kata nama terbitan daripada kata adjektif, kata kerja dan kata nama. Dalam DM kata kerja tangisan telah mengalami pengguguran imbuhan -an menjadi tangih. Ini berbeza dengan BMS yang tidak boleh menggugurkan imbuhan tersebut.
Contohnya:

Pembentukan kata 5

Analisis Pengguguran Suku Kata

Di samping itu juga, pengkaji mendapati dalam DM telah berlaku proses pengguguran suku kata akhiran. Pengguguran suku kata (syllable deletion) dapat ditakrifkan sebagai pengguguran suku kata daripada input yang mengandungi lebih daripada dua suku kata. Contohnya:

Pembentukan kata 7

Rumusan

Berdasarkan lirik lagu di atas, terdapat banyak aspek dalam pembentukan kata yang dapat dilihat berdasarkan analisis yang dilakukan oleh pengkaji. Pembentukan kata ini ternyata berbeza antara bahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu standard. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam BMS dan DM mempunyai perbezaan antara satu sama lian. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan pemilihan kata, penggandaan, imbuhan dan pengguguran suku kata.

Lirik Lagu

Lirik Lagu: Cinto Jan Dibali

Cincin bamato dijari manih
Cincin siapo nan uda pakai
Tolong lah jawek tanyo den kini

Taranglah denai manahan tangih
Dagang lah tandeh pokok lah habih
Yang lain juʷo nan barasaki

Kini den tau cinto manduʷo
Nan uda tanam di dalam dado
Denai disayang urang dicinto
Dek uda kayo lapeh kandaknyo

Pitih dapek dicari, budi jan dibali, cinto kadatang juʷo
Ondeh yo mak, pitih dapek dicari, budi jan dibali, cinto kadatang juʷo

Bialah rambuik samo hitamnyo
Usah samokan den jo dirinyo
Denai tak silau nan dek harato

Bukan lantaran dek roman rancak
Oi bukan silau ameh jo perak
Urang dijajah bak kato awak

Sungguahpun bumi lah jadi duʷo
Ombak mahampeh jadi bancano
Balum sasakik hati nan luko
Luko nan tiado paubeknyo

Kayo jan dibanggakan, cinto bukan dagangan, tinggakanlah denai surang
Ondeh yo mak, kayo jan dibanggakan, cinto bukan dagangan, tinggakanlah denai surang….

Bialah rambuik samo hitamnyo
Usah samokan den jo dirinyo
Denai tak silau nan dek harato

Bukan lantaran dek roman rancak
Oi bukan silau ameh jo perak
Urang dijajah bak kato awak

Sungguahpun bumi lah jadi duʷo
Ombak mahampeh jadi bancano
Balum sasakik hati nan luko
Luko nan tiado paubeknyo

Kayo jan dibanggakan, cinto bukan dagangan, tinggakanlah denai surang
Ondeh yo mak, kayo jan dibanggakan, cinto bukan dagangan, tinggakanlah denai surang….

 

Lirik Lagu: Cinta Jangan Dibeli

Cincin bermata dijari manis
Cincin siapa yang abang (kekasih) pakai
Tolonglah jawab pertanyaanku ini

Tolong beri penjelasan kepada saya sambil menahan tangisan
Hasil jualan sudah musnah dan duit sudah habis
Ada juga rezeki yang lain
Kiniku tahu cinta diduakan

Yang abang simpan didalam dada
Saya disayang oleh orang yang dicintai
Disebabkan abang kaya maka kehendaknya tercapai

Duit dapat dicari, budi jangan dibeli, cinta akan datang juga
Ya emak, duit dapat dicari, budi jangan dibeli, cinta akan datang juga

Biarlah rambut sama hitamnya- secara tersirat sama kedudukan
Usah samakan saya dengan dirinya
Saya tak terlintas di fikiran hanya kerana harta

Bukan disebabkan kerana rupa paras cantik
Tidak terlintas di fikiran kerana emas dan perak
Apa sahaja kata dia dituruti

Walaupun bumi telah menjadi dua
Ombak menghempas menjadi bencana
Belum sakit hati yang luka
Luka yang tidak pengubatnya

Kaya jangan dibanggakan, cinta bukan dagangan, tinggalkanlah saya seorang
Ya emak, duit dapat dicari, budi jangan dibeli, cinta akan datang juga

Biarlah rambut sama hitamnya- secara tersirat sama kedudukan
Usah samakan saya dengan dirinya
Saya tak terlintas di fikiran hanya kerana harta
Bukan disebabkan kerana rupa paras cantik

Tidak terlintas di fikiran kerana emas dan perak
Apa sahaja kata dia dituruti

Walaupun bumi telah menjadi dua
Ombak menghempas menjadi bencana
Belum sakit hati yang luka
Luka yang tidak pengubatnya

Kaya jangan dibanggakan, cinta bukan dagangan, tinggalkanlah saya seorang
Ya emak, duit dapat dicari, budi jangan dibeli, cinta akan datang juga.